Imam Syafie


Assalamualaikum

Imam Syafie merupakan imam yang mengasaskan mazhab Syafie yang menjadi ikutan lebih dari separuh dari umat Islam di dunia ini.Jom baca biodata ringkas tentang beliau.


Riwayat Hidup 
  • Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.  
  • Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.  
  • Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.  
  • Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, 
  • Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan 
  • Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang ke empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie" 
  • Imam as-Syafie meninggal dunia pada  tahun 204 Hijrah bersamaan  dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir. 

Pendidikan 
  • Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz Al-Quran.  
  • Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.  
  •  Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan. 
  • Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas  pengajian agama di Masjidil Haram.  
  • Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan  negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu  yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran. 
  • Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau     membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:  
  1. 1/3 malam untuk berehat.  
  2. 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.  
  3. 1/3 malam untuk beribadat. 
  • Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya,  beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan  yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat  Islam. 

Peribadi 
  • Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan   bercita-cita tinggi.  
  • Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.  
  • Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah  laku, berpakaian atau cara makan.  
  • Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya  terlepas daripada hukuman pancung. 
  • Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang  mengajarnya.  
  • Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.  
  • Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
  • Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.

Sumbangan 
  • Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada  Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.  
  • Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang  Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
  • Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang   dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan  jelas tentang cara   mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.  
   Kitab-kitab tersebut ialah:  

Abtal Al-Istihsan.  
Ahkam Al-Quran.  
Ar-Risalah. 
  • Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab     tersebut ialah;  
Al-Mukhtasar Al-Kabir.  
Al-Mukhtasar as-Saghir.  
Al-Farid.  
Al-Umm. 
  • Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan   tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;  
Al-Masnad.  
Al-Amali.  
Ikhtilaf Al-Hadis. 
  • Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang  memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.  
  • Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura dan Malaysia

Tanda kiamat besar -1 Hijaunya bumi Arafah



Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf.. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. 
                           
                                                               Padang Arafah tahun 1889

Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.


    
Adakah Padang Arafah akan di penuhi dengan kehijauan rumput dan pohon seperti ini?







Lelaki alim berlawan dengan Iblis


Assalamualaikum

Pada zaman dahulu,ada sepasang suami isteri yang miskin.Walaupun hidup dalam serba kekurangan,mereka sentiasa taat peritah Allah s.w.t.
Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Isterinya pula kadangkala mengeluh kerana hidup mereka yang miskin itu.
Suami nya sentiasa mencari jalan untuk mengubah nasib mereka.

Suatu hari, si suami berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang.Rupa-rupanya orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.."

Maka pulanglah dia terburu-buru. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas suaminya bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi dia tidak menjawab.Segera dinaiki keldainya dan dipacu laju ke pohon tadi.

Buatlah sesuatu perkerjaan kerana Allah s.w.t

Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." 

"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak terikut-ikut syirik seperti mereka. Pergi kamu balik!." 

"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan kamu berani nak teruskan!" bentak iblis laknatullah marah.

Akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun.
Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata,

"Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan.Kalau Tuan tidak meneruskan niat tuan itu,.saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang tuan akan saya sediakan wang emas empat dinar.''

Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Dia teringatkan isterinya yang hidup miskin di sampingnya.Da teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia.Niat nya terhenti di situ.

Hari pertama, ketika si suami selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. memang ada empat wang dinar emas Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas.
Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang,tetapi tidak ada wang dinar. Hari ke empat pun tetap sama.

Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok mungkin kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya,tetap kosong!. 


"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." 
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si suami.

Iblis selalu menyesatkan manusia dengan harta dunia...

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu

 Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang.
 "Mahu ke mana kamu?" herdiknya

"Mahu menebang pohon itu,kau menipu aku!" jawab si alim dengan gagah berani.
 "Berhenti, jangan kau teruskan." larang si iblis laknatullah

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat.
Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan,

 "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan aku, padahal dulu kau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab,
 "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kau mampu menjatuhkan aku. Pergi kau dari sini!''


Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu.Dia berasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang dia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan dia sedar perjuangan yang seperti itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti dia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." 
Hadith Riwayat Muslim

Kubur berkata-kata


Assalamualaikum

Sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang iaitu:

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a


Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,

 "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur,

 "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."


Makam Fatimah r.a

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, 

"Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."


Jangan kencing berdiri! selalunya lelaki la ni..ishhh :)

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab,

"Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Asal usul pembinaan Kaabah


Assalamualaikum

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah di mana tempat para malaikat beribadat pada Allah Saw. Pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. 

 Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, 
“Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”

Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur.


         
           Kaabah banjir tahun 1941

Nabi Adam
Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata,
“Cukuplah wahai Adam!”


Nabi Syith
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Nabi Ibrahim
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:
  •  Tinggi 9 hasta.
  •  Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
  •  Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22      hasta
  •  Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
  •  Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, Kaabah akan  terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.
  •  Binaan pertama: Malaikat
  •  Binaan kedua: Nabi Adam
  •  Binaan ketiga: Nabi Syith
  •  Binaan keempat: Nabi Ibrahim
  •  Binaan kelima: Kaum Amaliqah
  •  Binaan keenam: Kaum Jurhum
  •  Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
  •  Binaan kelapan: Abdul Mutalib
  •  Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
  •  Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
  •  Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
  •  Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi) 
                                      
                                                                   Kaabah tahun 1950 an

                                     
  Kaabah sekarang

Nabi Muhammad SAW dan beberapa biji limau

Assalamualaikum

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda ada bersama beberapa sahabat Baginda. Wanita tersebut membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasullullah SAW. Cantik sungguh buah limau itu..Sesiapa yang melihat pasti terliur dan mengidam mahukannya. 

Baginda menerimanya dengan senyuman yang gembira. Buah limau itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman tak lekang dari bibir.Kebiasaannya, Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini sahabat hanya mampu melihat. Tidak seulas pun buah limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehinggalah habis kesemua limau itu. 
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang sambil diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. 


my name is masyam:)

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW pada ketika itu .Para sahabat bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan..

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam sebenarnya.Sekiranya kalian turut makan bersama,saya khuatir ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.Saya bimbang sekiranya wanita itu akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan kesemuanya." 

Begitulah akhlak peribadi Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memperkecil-kecilkan pemberian seseorang walaupun benda yang tidak baik,ataupun dari orang yang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang hampa. Mengapa? Sebenarnya wanita itu bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan buah  limau yang masam itu. Malangnya dia tidak berjaya. Rancangan jahatnya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Mulianya Nabi Muhammad SAW.... 

Rukun Sembahyang


Assalamualaikum

Rukun sembahyang ada 13 semuanya. :)

1.Berdiri betul
 Kalau kita tak mampu...kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

2.Niat
Niat di dalam hati semasa angkat  takbiratul ihram

3.Takbiratul Ihram
Mengucapkan  Allahu Akbar.

4.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah berakhir dengan Waladhaallin.

5.Rukuk + Thumakninah
Membongkok 90 darjah

6.Iktidal + Thumakninah
 Berdiri betul selapas rukuk

7.Sujud 2 X dengan Thumakninah
 Membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

8.Duduk antara dua sujud dengan Thumakninah
 Duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

9.Duduk Tahaiyat Akhir 
Duduk yang kali terakhir

10.Membaca Tahaiyat Akhir
Wajib baca

11.Membaca Selawat 
Membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

12.Bagi Salam
Memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

13.Tertib
Mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat

khusyuknya dia... :)

Lelaki yang takut buat maksiat,di selamatkan Jibril


Pada zaman dahulu,di kalangan Bani Israil,ada seorang lelaki yang sangat ikhlas dan rajin mengerjakan ibadah. Ramai wanita tertawan dengan ketampanan lelaki itu.Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama untuk mengawalnya daripada melakukan kemaksiatan.

Suatu hari, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, dia tiba di hadapan pintu istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana ternampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang tersebut kemudiannya bercerita mengenai lelaki yang tampan itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya.
“Suruh orang muda itu masuk menghadap beta,” titahnya kepada dayang tersebut.
Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang  pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas keranjang kamu itu dan pakailah pakaian ini.”
Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangn mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.
Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala arahan permaisuri. 
“Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala permintaanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.”
Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, 
“Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk yang dimurkai Allah!”
Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhirya dengan perasaan marah, ia berkata, 
“Baiklah! Kalau kamu tetap ingkar memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.”
 Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.
Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, 
” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.”
Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana.
Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, 
“Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!”
Dalam keadaan malu dan takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dari  menara yang tinggi itu.

Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih  pun berfirman:
 “Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”

Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula
Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan sebagai isteri , dengan itu dapat menolak (nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt

Siapa Malaikat Jibril


Assalamualaikum

Malaikat Jibril merupakan malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan para Rasul. Berdasarkan Al-Quran, Malaikat Jibril adalah ketua kepada keseluruhan para Malaikat.
Allah SWT menciptakan Malaikat Jibril dengan bentuk,rupa yang cantik, iaitu:
600 sayapnya yang sangat panjang , sayap itu jaraknya menutupi ufuk diantara timur dan barat.
Di setiap sayapnya, berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni.
Sekiranya seluruh air sungai dan laut di muka bumi ini dicurahkan ke Jibril, maka tidak akan jatuh walau setitis pun.

Malaikat Jibril a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Contoh,sekiranya ada pertanyaan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belum pun sempat selesai bertanya, Malaikat Jibril a.s. telah pun sampai dengan jawapan iaitu wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak di antara setiap lapisan langit adalah jauhnya lima ratus tahun perjalanan.

Malaikat Jibril telah menampakkan bentuk rupanya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali iaitu:
1.Ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira'
2.Ketika Isra' dan Mikraj

Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada baginda Muhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, Nabi Isa a.s. hanya ditemui sebanyak 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali sahaja. Jibril jugalah malaikat yang telah menyampaikan berita kelahiran Nabi Isa kepada ibunya Siti Maryam 

Malaikat Jibril sering turun ke muka bumi dan berubah bentuk menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah  baginya bertemu  para nabi. Di antaranya ketika peristiwa Jibril bertanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang Islam,Iman dan ihsan serta tanda-tanda hari kiamat. Malaikat Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa  Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Mekah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah Swt di Sidratul Muntaha.

Nama Malaikat Jibril disebut didalam Al-Quran iaitu:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, Jibril yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Baqarah: 97)

"Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, terutama Malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan disiksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir." – (Surah Al-Baqarah: 98)

"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya" – (Surah At-Tahrim: 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Jibril a.s. sentiasa berharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

1. Dapat sembahyang lima waktu secara berjemaah.
2. duduk bersama para ulamak
3. menziariahi orang sakit
4. menghantar jenazah
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim

Siapa Nabi Idris

Biodata Nabi Idris,Biografi Nabi Idris
Assalamualaikum..

Nabi Idris merupakan keturunan keenam dari Nabi adam A.s iaitu putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. serta keturunan pertama yang dikurniakan  menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nama sebenar baginda ialah Akhnuh."Idris" adalah gelaran baginda kerana banyak mempelajari sahifah. Nabi Idris  gagah dan memiliki kekuatan yang luar biasa sehingga digelar "Asadul Usud" yang bermaksud Singa dari segala Singa.

Nabi Idris dianugerahkan Allah dengan  kepandaian ilmu disiplin,kemahiran serta pandai mencipta peralatan yang digunakan manusia hingga hari ini.

Baginda mahir dalam bidang penulisan,matematik serta astronomi dengan menggunakan bintang di langit sebagai penunjuk arah, waktu untuk bercucuk tanam dan mengetahui keadaan cuaca.

Beliau juga pandai menjahit pakaian dan menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.

Nabi Idris lah manusia yang terawal menulis menggunakan pen.

Sejak kecil, Nabi Idris telah pandai membaca Sahifah (lembaran tertulis) yang diajarkan oleh Nabi Syits.Baginda telah menerima wahyu dari Allah Swt melalui Malaikat Jibril sebanyak 30 Sahifah iaitu lembaran tertulis.

Menurut Sami Abdullah Al-Maghluts, Nabi Idris diutuskan kepada kaum dari Nabi Syits AS iaitu keturunan Qabil putra Nabi Adam A.s.

Baginda berdakwah hanya untuk agama Allah Swt,mengajar Tauhid dan juga beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup kepada pengikut-pengikutnya agar selamat dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia.

Nabi Idris hidup di bumi sehingga usia 82 tahun.

Rukun Islam dan Rukun Iman



5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.




6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.