Qarin pendamping manusia

Assalamualaikum

Qarin adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali.
Cuma bezanya, Qarin Rasulullah telah diIslamkan dengan bantuan Allah SWT.

Tugas Qarin ialah, mendorong dampingannya untuk berbuat kejahatan.Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, rasa malas ketika hendak membaca Al-Quran dan sebagainya.Dia sentiasa bekerja keras untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah mengutuskan Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat.''
Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah?." 
"Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja."

والله أعلمُ

Tentang Jin

Assalamualaikum

  • Jin adalah suatu nama kepada satu-satu makhluk secara umum.Mereka sangat ramai sekali penduduknya, boleh dikatakan lebih ramai daripada manusia kerana umur jin panjang-panjang hingga mencecah ratusan dan ribuan tahun 

  •  Kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat.Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir.  lombong, laut, tempat-tempat tinggi dan kubur. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. 

  • Makanannya dari Api asap kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor (jin kafir) seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

  • Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh ramai jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

  • Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara.

  • Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa.Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya

  • Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

  • Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin

  • Di dunia,semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.


  •  Jin kafir suka merasuk manusia dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia  itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
                                    
    jin suka sangat asap kemenyan

Antara Jin yang paling tersohor dan dikenali ialah
  •  Iblis:
  •  Syaitan:
  •  Ifrit:
  • Bunian
  • Qarin
  • Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
  • Al-Afrit Penipu-penipu
  • Al-A’waan Pelayan-pelayan
  • Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
  •  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
  •  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
  • Al-Qurana Pengawan-pengawan
  •  Al-Ummaar Pemakmur.
  •  Jin islam,jin kafir
  • lain-lain

Jin Islam
  • Mempunyai rupa paras yang elok.
  • Jin itu berpakaian seperti orang-orang baik dan soleh...mungkin serba putih...serba hijau...berketayap...berserban jubah dan sebagainya.
  • Jin itu menolong manusia walau apa pun cara yang ia perlihatkan..seperti merawat...memberi panduan..mencari orang hilang dan sebagainya..
  • Taat dan soleh.Ada juga jin Islam yang suka buat maksiat sama juga seperti manusia
  • Jin yang soleh tinggal di masjid dan tempat-tempat yang baik


Jin kafir
  • Mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan
  • Jin kafir kebanyakkannya menjadi budak suruhan Iblis dan syaitan.
  • Ahli sihir dan bomoh-bomoh kebanyakkannya menggunakan khidmat jin kafir atau syaitan untuk menjalankan kerja-kerja mereka untuk menyihir manusia atau membuat kerosakkan dimuka bumi dengan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. mereka tinggal di bilik mandi dan tempat-tempat yang kotor. 
  • Tulang dan kotoran hewan adalah makanan jin.

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan:
"Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah. "

                                                           والله أعلمُ

Lima jenis Syaitan laknatullah.

                        Assalamualaikum

Semua zuriat keturunan Iblis melalui lima orang.Anak-anaknya adalah kafir yang dipanggil syaitan. Jumlah mereka adalah ramai dan membiak setiap hari hingga jumlahnya berbillion. Sesiapa diantara mereka dan menyesatkan manusia dan membuat maksiat akan diberikan mahkota tanda penghargaan Iblis kepada jasa-jasa cucu cicitnya menjalankan tugas dengan jayanya.
Iblis mempunyai 5 anak utama yang memegang lima kementerian iaitu :




1. Tsabar (Kementerian Musibah).

2. Dasim (Kementerian Cerai Berai Rumah Tangga).
3. Al-A'war (Kementerian Perzinaan).
4. Maswath (Kementerian Pembohongan).
5. Zalnabur (Kementerian Pergaduhan dan Pembunuhan).


1. Tsabar
Dia adalah jenis syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qada dan qadar terhadap ketentuan Allah SWT atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

2. Dasim.
Dia adalah jenis syaitan yang yang selalu berusaha untuk memutuskan silaturahim, mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka membuat fitnah, mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Mungkin pengguna internet yang suka membuat fitnah, maki hamun dan sumpah seranah kerana digoda oleh syaitan dasim ini. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

3. Al-A'war.
Dia adalah jenis syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan. Untuk mengelakkan daripada godaan al-a'war ini baca doa ini:

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, A'war yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

4. Maswath.
Dia adalah syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia. Syaitan Maswath ini suka mendatangi bomoh-bomoh dan menceritakan kebohongan dan membuat tuduhan bahawa si folan yang sihir si folan. Ada dikalangan umat islam yang percaya pembohongan yang dilakukan oleh bomoh yang terpengaruh dengan Maswath. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan Maswath dengan membaca doa ini :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Maswath yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."
5. Zalnabur.
Dia adalah syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Mereka menggoda manusia supaya melakukan penipuan semasa jual beli dan mereka juga yang membangkitkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia. Nabi SAW mengajar kita supaya membaca doa ketika masuk pasar.
Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan Zalnabur ini.

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Zalnabur yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap – tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan – perkataan yang indah – indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,” (Surah al-An’am ayat 112)

والله أعلمُ

Jenis-jenis hukum dalam Islam

Assalamualaikum

Tujuan hukum Islam adalah aturan yang dijalankan untuk mencapai kebahagiaan hidup manusia di dunia ini dan di akhirat dengan mengambil segala manfaat dan mencegah mudarat atau keburukan yang tidak berguna bagi kehidupan.

1. Wajib (Fardhu)
Wajib adalah suatu perkara yang harus dilakukan oleh seorang muslim yang telah dewasa dan waras, di mana jika dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan akan mendapat dosa. Contoh : solat lima waktu, pergi haji (jika telah mampu), membayar zakat, dan lain-lain.

Wajib terdiri atas dua jenis :
  • - Wajib ‘ain adalah suatu hal yang harus dilakukan oleh semua orang muslim seperti solat fardhu, puasa ramadan, zakat, haji bila telah mampu dan lain-lain.
  • - Wajib Kifayah adalah perkara yang harus dilakukan oleh muslim  namun jika sudah ada yang malakukannya maka menjadi tidak wajib lagi bagi yang lain seperti mengurus jenazah.

2. Sunnah/Sunnat
Sunnat adalah suatu perkara yang bila dilakukan umat islam akan mendapat pahala dan jika tidak dilaksanakan tidak berdosa. Contoh : solat sunnat, puasa isnin khamis, solat tahajud, memelihara janggut, dan sebagainya.

Sunah terbahagi kepada dua:
  • - Sunat Mu’akkad adalah sunnat yang sangat dianjurkan Nabi Muhammad SAW seperti solat hari raya dan solat tarawih.
  • - Sunat Ghairu Mu’akad adalah sunnah yang jarang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW seperti puasa isnin khamis, dan lain-lain.

3. Haram
Haram adalah suatu perkara yang mana TIDAK BOLEH sama sekali dilakukan oleh umat muslim di mana pun mereka berada karena jika dilakukan akan mendapat dosa dan seksa di neraka kelak. Contohnya : main judi, minum minuman keras, zina, durhaka pada orang tua, riba, membunuh, fitnah, dan lain-lain.

4. Makruh
Makruh adalah suatu perkara yang dianjurkan untuk tidak dilakukan akan tetapi jika dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT. Contoh : posisi makan minum berdiri.

5. Mubah (Boleh)
Mubah adalah suatu perkara yang jika dikerjakan seorang muslim mukallaf tidak akan mendapat dosa dan tidak mendapat pahala. Contoh : makan dan minum, belanja, bercanda, melamun, dan lain sebagainya.

Berkat membaca Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu pekerjaan  sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." 

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

الله أكبر

Sifat-sifat bangsa Yahudi


Assalamualaikum

Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : 
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)

Al-Quran banyak menceritakan kedegilan bangsa Yahudi seperti bagaimana orang Yahudi mengingkari perintah Tuhan walaupun sebahagian besar Rasul dan Nabi adalah dari kalangan kaum itu.Allah SWT melalui wahyunya dalam Al-Quran telah menggambarkan sifat buruk orang Yahudi yang zalim, membuat kerosakan di muka bumi, dan memusuhi bangsa lain, terutama sekali kaum Muslimin.
Berikut merupakan sifat buruk bangsa Yahudi seperti yang disebut di dalam Al-Quran:
  • Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)
  • Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
  • Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
  • Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
  • Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)
  • Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)
  • Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
  • Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al-Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)
  • Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)Mencampur adukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
  • Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)
  • Hati mereka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)
  • Kuat berpegang pada semangat kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)
  • Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)
  • Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
  • Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)
  • Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
  • Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)
  • Mengada adakan perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)
  • Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
  • Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)
  • Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)
                                    

Pemakaian cincin mengikut Islam


Assalamualaikum
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah,anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)
                                            
dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Nabi Hud dan kaum Aad


Assalamualaikum
Keadaan menjadi semakin meruncing membuatkan Nabi Hud terpaksa menyerahkan kaumnya kepada takdir Allah, dengan berkata kepada kaumnya: 
“Baiklah jika kamu sekalian sungguh meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras tidak menghiraukan dakwahku juga enggan meninggalkan penyembahan terhadap berhala-berhala itu, maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencana-Nya dan penyelasan pada waktu itu tidak akan menolongmu. Allah telah menjadi saksiku bahawa aku sudah menyampaikan risalahNya dengan sepenuh tenagaku kepadamu dan akan tetap berusaha sepanjang hayatku memberi penerangan dan tuntutan kepada jalan yang baik yang digariskan oleh Allah bagi hamba-hambaNya.”
Pembalasan Allah terhadap kaum Aad yang engkar itu diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat yang pertama berupa kekeringan iaitu kemarau yang melanda ladang-ladang serta kebun-kebun mereka sehingga menimbulkan kecemasan dan kebimbangan kalau-kalau mereka tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun sebagaimana biasanya.
Namun dalam keadaan demkian, Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka, bahawa kemarau itu adalah permulaan seksaan Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih memberikan kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dar kembali bertaubat, beriman kepada Allah dengan meninggalkan pekerjaan menyembah berhala-berhala mereka itu, juga memohon pengampunan dari Allah agar segera hujan turun kembali dengan derasnya dan terhindarlah mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam.
Akan tetapi mereka tetap berdegil belum mahu mempercayai dan menganggap janji yang dibuat oleh Nabi Hud itu adalah kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap batu-batu berhala memohon perlindungan dan malapetaka yang mereka alami.
Pada peringkat kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan hitam yang tebal. Pada pandangan mereka gumpalan awan itu adalah hujan yang akan segera turun membasahi segenap ladang dan kebun sayuran sedang mengalami kekeringan. Mereka menyambutnya dengan sorak-sorai gembira.
Melihatkan sikap kaum Aad yang sedang bersuka-ria itu, berkatalah Nabi Hud dengan nada yang mengejek,”Awan hitam itu bukanlah awan rahmat bagi kamu tetapi awan yang akan membawa kehancuran kepada kamu sebagai pembalasan Allah yang telah kujanjikan dan kamu nantikan untuk membuktikan akan kebenaran kata-kataku yan selalu kamu sekalian sangkal dan kamu dustakan.”

Sejurus kemudian menjadi menjadi kenyataanlah tentang apa yang telah diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang amat dahsyat dan kencang disertai dengan suara gemuruh yang mencemaskan telah memusnahkan bangunan rumah dari dasarnya, membawa berterbangan semua perabot dan milik harta-benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik, mereka berlari tidak ketentuan arah mencari tempat perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anak-anaknya.
Bencana angin taufan itu berlarutan selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang sombong itu dan menamatkan riwayatnya di dalam keadaan yang menyedihkan untuk menjadi pelajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang. Ada pun Nabi Hud serta para-para sahabat yang beriman, telah mendapat perlindungan Allah dari malapetaka yang menimpa kaumnya itu dan tetap berada dalam keadaan selamat, aman dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau-bilau, mendengar gemuruhnya angin dan suara pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan disertai dengan teriakan, tangisan orang meminta pertolongan dan perlindungan.
Setelah suasana kembali tenang dan tanah ‘Al-Alqaf sudah menjadi sunyi-sepi dari segala makhluk, pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana di situ beliau tinggal menghabiskan sisa hayatnya sambil meneruskan dakwahnya sehingga beliau wafat dan dikuburkan di situ, di mana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempatan berhampiran Kota Siwun.
Dari kisah Nabi Hud di atas dapatlah kita ambil beberapa pengajaran untuk dijadikan peringatan kita bersama dalam meneruskan penghidupan di masa akan datang.
Nabi Hud telah memberikan contoh dan sistem yang baik yang sepatutnya ditiru serta diikuti oleh setiap para pendakwah dan ahli penerangan agama. Di mana beliau menghadapi kaumnya yang sombong lagi degil itu dengan penuh kesabaran, keunggulan dan berlapang dada. Beliau tidak sekali-kali membalas ejekan-ejekan juga kata-kata kasar mereka, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai perasaannya dan tidak sampai hilang akal atau kesabaran. Juga Nabi Hud tidak mudah marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sesat. Beliau dengan lemah-lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan penuh hikmah.
Dalam berdialog dengan kaumnya, Nabi Hud sentiasa berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara matang, menggunakan akal fikiran yang sihat, dengan memberikan nasihat yang bernas terhadap kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka. Namun hidayah itu adalah dari Allah, Dia akan memberi-Nya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya.

Abu Hanzalah bin Ar Rabie dimandikan Malaikat

Assalamualaikum

Abu Hanzalah bin Ar Rabie merupakan salah seorang sahabat serta jurutulis
kepada Rasulullah SAW yang terkenal  . Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru sahaja diakadnikahkan. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah meraikan sahabat baginda.

Namun apabila Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau terdengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat tahu tentera Islam mendapat tentangan yang hebat dari pihak musuh. Keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang masa lagi Hanzalah terus memakai pakaian perang lalu mencapai pakaian perang lalu mencapai pedang. Dia meluru ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Berlakulah pertempuran hebat hingga ramai pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah dapat menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut terkorban dalam keadaan sedang sujud.

Satu perkara pelik telah berlaku. Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: "Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak."

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhadak menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

Nabi Hud


Assalamualaikum

Nabi Hud merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh ) dari suku 'Aad (عاد), suku yang hidup di jazirah Arab, disuatu tempat bernama Al-Ahqaf yang terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Oman.

Mereka adalah kaum penyembah berhala bernama Shamud, Shada, dan al-Haba. Mereka termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nuh. Mereka dikurniai oleh Allah SWT tanah yang subur, dengan sumber-sumber air yang memudahkan mereka bercucuk tanam.

Nabi Hud diutus Allah Swt. untuk memberi peringatan kepada kaum Ad yang sesat. Ia memerintahkan agar kaumnya menyembah Allah Swt., bukan berhala yang mereka buat sendiri. Namun Hud berhadapan dengan keangkuhan kaumnya. Seruan Hud tidak mereka pedulikan. Bahkan sebaliknya, Hud diejek dan diancam. 

Allah Swt. menurunkan azab-Nya kepada kaum Ad dalam dua tahap. Pertama, negeri Ahqaf dilanda kemarau panjang. Saat kaum Ad merasa cemas, Hud mengingatkan mereka bahwa kekeringan itu merupakan awal azab Allah Swt. Namun kaum Ad tetap tidak mempercayainya. Lalu datang azab kedua berupa gumpalan awan tebal. Kaum Ad mengira bahwa hujan akan segera turun membasahi tanah yang telah lama kering. Namun perkiraan mereka saIah. ternyata yang datang justru angin yang sangat dingin dan kencang.

Menurut Abu Hurairah, seperti diriwayatkan Imam Bukhari, Nabi Hud meninggal pada usia 472 tahun. Baginda dikuburkan di sebelah timur Hadramaut. Namun orang-orang Palestina berpendapat bahwa makam Nabi Hud terdapat di Palestina. Adapun menurut Ali bin Abi Thalib, Nabi Hud dimakamkan di bukit pasir merah yang masuk dalam wilayah Hadramaut.

Unta jadi hakim


Assalamualaikum

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya.Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukuman,iaitu  unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

 Maka dia pun mengangkatkan kepalanya menadah ke langit seraya berkata, 
"Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu." 
Selepas itu orang Muslim itu berkata kepada Rasulullah s.a.w.
"Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, 

"Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" 
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,
 "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." 

Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, 
"Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." 
Jawab orang Muslim itu, 
"Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga terlebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali." 

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."


 Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi s.a.w. Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam."(Al-Ahzab: 56)

Jom selawat :)

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 


Titian Sirat Al-Mustaqeem



السلام عليكم

Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam.Setelah melepasi masa di Padang Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan sirath bagi mereka di atas neraka jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai berdasarkan kadar keimanan mereka.

  • Jambatan ini lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang.
  • Memiliki kait,cakar dan duri.
  • Lebih gelap dibandingkan malam yang pekat
  • Sangat licin dan dapat mengelincirkan

Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun.
Selama perjalanan di titian sirat, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:
  • Pos pertama iman,
  • Pos kedua solat,
  • Pos ketiga zakat,
  • Pos keempat puasa,
  • Pos kelima haji dan umrah,
  • Pos keenam wuduk dan mandi wajib,
  • Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.
                                      

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Sirath adalah Muhammad SAW, dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi kepada 10 bahagian,iaitu:

  • Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
  • Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
  • Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
  • Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
  • Kumpulan yang kelima berlari.
  • Kumpulan keenam berjalan.
  • Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Muhammad berhenti di atas Shirath. Setiap kali, Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
  • Kumpulan kedelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Muhammad SAW kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!
  • Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Sirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?”

Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan: “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya Allah yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.

“Para malaikat berdiri di kanan dan kiri Siratul Mustaqim mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti Titian Sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.” (Kitab Aqidatun Najin)


سُبْحَانَ اللّهُ

Nabi Nuh A.S

السلام عليكم

Nabi Nuh as merupakan keturunan kesembilan dari Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Mutawasylah bin Idris as bin Yarid bin Mahlail bin Qainan bin Anusyi bin Syits bin Adam.

Nama sebenarnya adalah Abdul Ghafar (Hamba dari Yang Maha Pengampun).Nama Nuh bukan berasal dari bahasa Arab, tetapi dari bahasa Syria yang bermaksud “bersyukur” atau “selalu berterima kasih”
Nabi Nuh mendapat gelaran dari Allah dengan sebutan Nabi Allah dan Abdussyakur yang artinya “hamba (Allah) yang banyak bersyukur”
gambar hiasan
Nabi Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini dan berusia 950
Nabi Nuh telah dikesan tinggal di wilayah selatan Iraq.
Nabi Nuh mempunyai isteri bernama Wafilah dan empat putera Kanʻān, Yafith, Syam dan Ham.

Dianggarkan Baginda hidup pada tahun 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 3650 SM untuk Bani Rasib. .
nabi Nuh diutus pada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Baginda mengharungi banjir ketika berumur 600 tahun, dan kemudian setelah banjir baginda hidup selama 350 tahun.

Nama Baginda disebutkan sebanyak 43 kali dalam Al-Quran
Baginda wafat di Makkah.

Ibu bapa khinzir



Assalamualaikum

Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah,
 “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” 

Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah SWT

Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka  tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.

Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

mahu kah kita menjaga ibu ayah sekiranya menyerupai khinzir?

Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara! Apa agama kamu?” 

“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
 “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

 “Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,” 

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,” tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 

“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

 “Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat doa anak yang soleh.Sejahat mana pun ibu atau bapa,kita sebagai anak berbuat baiklah pada kedua orang tua kita.Mohon lah supaya mereka berubah.Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan.  Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam neraka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah

Tanda kiamat besar 3-Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi



Assalamualaikum

Dabbat al-Ard merupakan haiwan (raksasa) yang muncul dari perut bumi.Namun maksud secara bahasa, Dabbat al-Ard bermaksud “Haiwan yang melata di tanah”.Ianya akan muncul di kota Mekah di gunung Shafa.
Di antara sifat binatang yang dijadikan oleh Allah sebagai salah satu tanda kiamat ini adalah bentuk dan perbuatannya yang lain dari biasanya, ia bisa berbicara dan berdialog dengan manusia.

                                      
gambar hiasan

firman Allah SWT dalam Surah An Naml 82
"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.''(An Naml: 82)

Abu Dawud at Tayalisi mencatat dari Abu Hurairah, Muhammad bersabda: 
"Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir."

Malaikat Mikail

Assalamualaikum

Malaikat Mikail merupakan malaikat yang menyampaikan rezeki termasuklah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi .Malaikat Mikail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang diciptakan Allah SWT

  • Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faron.(Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah)
  • Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.
  • Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata
  •  Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa
  • Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata 
  • setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail 
  • Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.
  • Di setiap muka ini pula mempunyai satu juta mulut 
  • Di setiap mulut mempunyai satu juta lidah 
  • Setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan
  • Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi orang-orang mukmin yang berdosa
Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun.


" Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. " 


Dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Tanda kiamat besar -2 Lahir anak dari perbuatan zina dan penceraian yang tidak diluluskan mahkamah


Assalamualaikum

Lahir anak-anak hasil perbuatan zina

Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah iaitu berzina yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid.

Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat"

Tiga balasan di dunia:

1. kehilangan keceriaan wajah,
2. pendek umur dan
3. sentiasa dalam keadaan susah.

Tiga balasan di akhirat:
1. kemurkaan Allah,
2. balasan yang buruk, juga
3. azab di Neraka. "

RasulullahS.A.W menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.


Penceraian yang tidak diluluskan mahkamah

Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.
Melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.
Jika suami sudah terlafaz cerai di rumah, di pejabat, di dalam kereta, atau di mana saja, asalkan tanpa kebenaran mahkamah, maka apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin.
Apa yang penting di sini adalah kesedaran umat Islam di negara ini  bahawa undang-undang tidak membenarkan pasangan bercerai tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada mahkamah syariah. Kebenaran ini perlu bagi memastikan masyarakat Islam tidak sewenang-wenangnya bercerai sesuka hati tanpa kawalan atau pemantauan.