Malaikat Israfil


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Isrāfīl (yang membakar), adalah Malaikat yang akan meniup sangkakala tatkala akan tibanya hari kiamat nanti, walaupun namanya tidak disebutkan di dalam Al-Quran. Ia sebagai salah satu dari empat Malaikat Utama dalam Islam, bersama dengan MikailJibril dan Izrail. Namanya disebut dalam satu hadis mengenai hari kiamat yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a.

 Israfil memiliki empat sayap, sangat tinggi sehingga boleh menyentuh tiang-tiang syurga

 Malaikat yang rupawan ini merupakan penguasa muzik, Israfil selalu bernyanyi/berzikir untuk memuji Allah dalam ribuan bahasa yang berbeza.

 Israfil selalu memegang terompet suci yang terletak di bibirnya selama berabad-abad, menunggu perintah dari Tuhan untuk meniupnya menjelang hari kiamat. Pada hari itu ia akan turun ke bumi dan berdiri di batu/ bukit suci di Jerusalem.

 Tiupan pertama akan menghancurkan dunia beserta segala isinya, tiupan kedua akan mematikan para Malaikat dan tiupan ketiga akan membangkitkan orang-orang yang telah mati dan mengumpulkan mereka di Padang Mahsyar.


Perang Khandaq-Kemusnahan Bani Quraizah dan Hasil Kemenangan kaum Muslimin


Assalamualaikum
Berikutan pengunduran tentera Gabungan, orang Islam mengepung penempatan Bani Quraizah yang terletak di selatan Madinah. Mereka melakukan demikian kerana pembelotan Quraizah. Bani Quraizah menyerah kalah selepas pengepungan selama 25 hari dan kubu kuat serta harta mereka dirampas oleh orang Islam. Semasa dibawa untuk diadili, Quraizah memohon agar diadili oleh Bani Aws, sekutu lama mereka. 

Nabi Muhammad melantik ketua Aws, Sa'ad ibn Mu'adh, sebagai hakim. Sa'ad, yang tercedera semasa pertempuran, menghakimi Quraizah mengikut lunas-lunas agama yang mereka anuti, yakni mengikut undang-undang Taurat. Hasil dari itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap Quraizah ialah hukuman bunuh bagi orang lelaki sementara kaum wanita dan kanak-kanak Quraizah diambil sebagai hamba abdi. Nabi Muhammad memepersetujui keputusan ini dan hukuman dijalankan pada keesokan harinya.

◕Orang lelaki  antara 400 ke 900 orang kesemuanya diikat dan diletakkan di bawah jagaan Muhammad ibn Maslamah, sementara wanita dan kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan Abdullah ibn Salam, bekas rabai yang telah memeluk Islam.

Ibn Ishaq memerikan hukuman bunuh yang dilaksanakan terhadap Bani Quraizah seperti berikut:

◕Rasulullah pergi ke pasar dan menggali parit di sana. Rasulullah kemudiannya memanggil mereka, dan apabila mereka dibawa dalam kelompok-kelompok, dipenggal kepala mereka di dalam parit. 

seorang wanita yang telah membaling batu giling dari kubu Quraizah dan membunuh seorang pejuang Islam semasa pengepungan juga menjalani hukuman bunuh dan kepalanya dipenggal 

Nabi Muhammad mengambil satu perlima jarah bagi diri baginda, seperti lazim dilakukan Muslim. Sebagai sebahagian jarah, Nabi Muhammad memilih seorang daripada wanita Quraizah,Raihana. Mengikut beberapa laporan, Nabi Muhammad menawar untuk berkahwin dan membebaskannya dan Raihana menerima tawaran Nabi Muhammad. Laporan lain pula menyatakan Raihana menolak tawaran Nabi Muhammad dan kekal menjadi hamba. Raihana kemudiannya dikatakan memeluk Islam.
◕Di kalangan musuh Allah ialah Huyayy b. Akhtab dan Ka'b b. Asad ketua mereka. Bilangan mereka 600 atau 700 orang kesemuanya, walaupun ada yang meletakkan bilangan setinggi 800 atau 900. Semasa mereka dibawa keluar dalam kelompok kepada Rasulullah, mereka bertanya Ka'b apa yang akan dilakukan orang Islam terhadap mereka. Dia menjawab, 'Tidakkah anda faham? Tidakkah anda lihat yang si pemanggil tidak henti dan yang dipanggil itu tidak pulang?  ia adalah kematian!' 

◕Huyayy dibawa keluar dengan tangannya diikat pada lehernya dengan seutas tali, memakai jubah bercorak bunga; jubahnya telah ditebuk agar berlubang sebesar hujung jari agar ia tidak dirampas sebagai jarah. Apabila dia melihat Rasulullah dia berkata, 
Kemudian dia pergi bertemu orang lelaki Quraizah dan berkata, 'Benar perintah Tuhan. Sebuah kitab, dan sebuah perintah, dan pembunuhan beramai-ramai telah ditulis terhadap Bani Israel'. Kemudian diapun duduk dan kepalanya dipenggal.

Kegagalan pengepungan Madinah menandakan permulaan kebangkitan kekuasaan politik Nabi Muhammad di Madinah. Orang Makkah mencuba sedaya upaya untuk mengusir Nabi Muhammad dari Madinah, dan kekalahan ini menyebabkan mereka hilang penguasaan perdagangan dengan Syam dan martabat mereka sekali. Daripada kekuatan bala tentera yang dikalahkan Muslim, jelas bahawa angktan tentera Arab, tidak kira betapa besar, tidak dapat mengalahkan tentera Islam.

Sebelum itu: Perang Khandaq-kemenangan kaum muslimin
                   Perang Khandaq-pembelotan bani Quraizah
                        Perang khandaq-madinah di kepung
                        Perang khandaq-Menggali parit
                        Perang Khandaq-Tentera gabungan musuh
                       Perang Khandaq-latar belakang

Perang Khandaq-Kemenangan Muslimin

Assalamualaikum

Nabi Muhammad menghantar 100 orang Islam ke pusat bandar Madinah bagi pertahanannya sebaik sahaja baginda mendengar berita angin tentang pembelotan Bani Quraizah. Kemudian baginda menghantar 300 orang askar berkuda (askar berkuda tidak diperlukan di parit) juga bagi mempertahankan Madinah.Namun dalam keadaan cemas ini suara kuat para tentera Islam semasa menunaikan solat berjamaah di malam hari memberikan gambaran seolah-olah mereka ramai dan kuat.

Baginda menghubungi Ghatafan (suku Badwi) dan cuba memujuk mereka menyertai tentera Islam dengan menawarkan mereka sepertiga hasil tanaman buah kurma Madinah sekiranya mereka berundur. Walaupun Ghatafan meminta dibayar setengah hasil kurma, pada akhirnya selepas berunding dengan Nabi Muhammad, mereka bersetuju. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad telah bermesyuarat terdahulu dengan ketua-ketua Madinah sebelum membuat perjanjian. Pembesar-pembesar Madinah membantah dan tidak bersetuju akan syarat-syarat perjanjian,dengan alasan Madinah tidak pernah jatuh ke tahap itu,justeru rundingan dengan Ghatafan dihentikan. Mahupun Ghatafan tidak berundur, mereka telah mengundang kecurigaan sekutu lain kerana mereka telah mengadakan rundingan dengan pihak Islam. Ekoran itu, pertelagahan dalaman Gabungan bertambah runcing.

Mengikut sejarawan Ibn Ishaq, pada ketika itu Nabi Muhammad didatangi Nuaim ibn Masud, seorang kenamaan Arab yang dihormati orang Gabungan, yang telah memeluk Islam secara rahsia. Pada lawatan itu Nabi Muhammad meminta Nuaim membantu mengakhirkan pengepungan dengan menanam rasa curiga di kalangan pihak Gabungan.

Nuaim kemudiannya melahirkan satu strategi yang efisien. Beliau pertamanya pergi ke Bani Quraizah dan memberi amaran kepada mereka tentang niat ahli Gabungan yang lain. Kata beliau, sekiranya pengepungan itu gagal, pihak Arab Gabungan tidak akan ragu-ragu meninggalkan orang Yahudi kepada belas kasihan Nabi Muhammad. Justeru, Quraizah harus meminta Gabungan memberi beberapa orang sandera(tebusan) bagi memastikan kerjasama berterusan Quraizah. Nasihat Nuaim ini menimbulkan kerisauan di kalangan orang Quraizah yang sememangnya sudah mula berasa curiga.


Kemudian Nuaim pergi bertemu Abu Sufyan, ketua Gabungan, dan memberitahunya bahawa kaum Quraizah sudah berpaling tadah dan menyertai Nabi Muhammad. Beliau menyatakan bahawa kaum Yahudi itu berniat meminta sandera(tebusan) daripada pihak Gabungan, kononnya sebagai balasan kerjasama yang diberikan mereka, tetapi sebenarnya akan diserah Quraizah kepada Nabi Muhammad. Justeru, pihak Gabungan tidak sepatutnya memberikan mahu seorang pun sandera kepada Quraizah. Dan Nuaim mengulangi ceritanya kepada kaum-kaum Gabungan yang lain.

Strategi Nuaim berkesan. Setelah berunding, ketua-ketua Gabungan menyuruh Ikrimah ibn Abu Jahal pergi ke Quraizah sebagai isyarat serangan bersatu terhadap Madinah. Sebaliknya, Quraizah berkeras meminta orang tebusan sebagai jaminan yang pihak Gabungan tidak akan meninggalkan Bani Quraizah sekiranya pengepungan gagal. Pihak Gabungan pula berfikiran bahawa Quraizah akan menyerahkan sandera tersebut kepada Nabi Muhammad dan seterusnya enggan memberi orang tebusan. Perutusan dihantar pergi balik antara kedua belah pihak, namun tidak ada yang mahu berganjak.

Abu Sufyan memanggil Huyayy ibn Akhtab, dan memaklumkannya tentang sambutan Quraizah. Huyayy tersentak dan Abu Sufyan menuduhnya sebagai 'pengkhianat'. Risau akan keselamatannya, Huyayy melarikan diri ke kubu kuat Quraizah di selatan Madinah.

Puak Badwi, kaum Ghatafan, dan puak-puak lain Gabungan pula terjejas dengan rundingan yang diadakan mereka dengan Nabi Muhammad. Mereka menyertai ekspedisi gabungan hanya dengan harapan mendapat hasil penjarahan dan bukan kerana membenci Islam. Mereka putus harapan kerana pengepungan memakan masa lama (mereka tidak biasa dengan kaedah peperangan berbentuk pengepungan) dan oleh sebab itu berasa kurang minat meneruskan pengepungan. kedua-dua kelompok pihak Gabungan ini pada kesudahannya mula menuding jari dan saling mencurigai antara satu sama lain.

Pada masa yang sama bekalan pihak Gubungan juga menyusut. Kuda dan unta mati akibat kebuluran dan kecederaan. Cuaca pula amat sejuk dan hujan turun buat beberapa hari. Angin kencang bertiup dan memadamkan unggun api, sekaligus menghilangkan punca haba anggota Gabungan. Sebaliknya, penempatan Muslim terlindung daripada angin. Khemah-khemah tentera Gabungan ranap ditiup angin, unggun api padam, hujan dan pasir memercik muka mereka.Mereka menjadi ketakutan akan keadaan mereka. Kesemua ini mereka anggap sebagai petanda sesuatu yang buruk yang akan melanda mereka. Kesatuan mereka sudah berkecai. Akhirnya mereka mula berundur pada waktu malam dan pada keesokan harinya medan perang menjadi kosong.

Sambungan: Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil Kemenangan muslimin

Perang Khandaq-Pembelotan Bani Quraizah

Assalamualaikum

Pihak Gabungan cuba menyerang secara serentak. Dalam satu percubaan khususnya, mereka memujuk Bani Quraizah menyerang dari selatan. Quraizah tinggal dalam perkarangan Madinah dan penempatan mereka terletak di arah selatan Madinah. Huyayy ibn Akhtab, kedua Bani Nadhir Yahudi dari Khaibar, pulang ke Madinah bagi mencari sokongan daripada Quraizah.

Setakat ini Bani Quraizah telah cuba mengambil kedudukan berkecuali dalam perang antara Muslim Madinah dengan tentera gabungan Arab musyrik dan beberapa puak Yahudi, dan keberatan untuk menyertai pihak Gabungan kerana pada awalnya mereka telah membuat perjanjian (Piagam Madinah) dengan Nabi Muhammad. Malah ketua mereka enggan menerima Huyayy ibn Akhtab apabila Huyayy datang berjumpa buat kali pertama.

Huyayy ibn Akhtab akhirnya berjaya bertemu Quraizah dan meyakinkan mereka bahawa orang Islam sudah tentu akan ditewaskan. Quraizah dapat melihat ketumbukan tentera Gabungan yang besar, yang bergerak di merata tempat dengan ramai anggota tentera berjalan kaki dan yang berkuda, dan akhirnya Quarizah bertukar fikiran dan menyertai Gabungan.

Berita yang kononnya Quraizah telah belot mula tersebar dan Sayidina Umar Al-Khattab dengan cepat memaklumi Nabi Muhammad. Telahan berkaitan pembelotan Quraizah diperkuat dengan pergerakan tentera Gabungan ke arah penempatan dan kubu kuat Quraizah.Timbul perasaan risau pada Nabi Muhammad tentang pergerakan mereka, dan Nabi Muhammad menyedari bahawa Quraizah menimbulkan keadaan yang amat berbahaya kepada orang Islam.

Nabi tidak membuat perisiapan rapi terhadap pertahanan di perbatasan Madinah (di arah selatan) dengan kaum tersebut kerana berpegang kepada perjanjian antara baginda dan Bani Quraizah. Tambahan pula Quraizah memiliki senjata: 1,500 pedang, 2,000 lembing, 300 baju besi, dan 500 perisai.

Nabi Muhammad menghantar tiga orang Sahabat meninjau perkembangan terkini Quraizah. Baginda menasihati mereka agar memberikan pendapat mereka secara terbuka sekiranya Bani Quraizah masih taat, kerana ini boleh mengekalkan semangat pejuang Islam. Namun, baginda juga menasihati mereka agar tidak menyebarkan berita tentang pembelotan sekiranya benar kerana ini boleh menimbulkan perasaaan cemas dan kelam kabut di kalangan Muslim.

Para Sahabat mendapati sesungguhnya Quraizah telah melanggar perjanjian dan cuba meyakinkan mereka agar berpegang kepada perjanjian yang dibuat dengan Nabi Muhammad tempoh hari dengan memperingatkan mereka tentang nasib Bani Nadhir dan Bani Qainuqak; namun mereka gagal meyakinkan Quraizah. Hasil tinjauan Sahabat disampaikan kepada Nabi Muhammad dengan menggunakan metafora: "Adal and Qarah". Maududi berpendapat metafora tersebut bermaksud Quraizah telah belot dan membunuh orang Islam apabila mendapat kesempatan. Ini kerana kaum Adal and Qarah pernah berkelakuan serupa.

Nabi Muhammad (SAW) cuba menyorokkan maklumat yang baginda terima; namun, khabar angin tentang serangan besar-besaran dari arah penempatan Quraizah ke atas Madinah mula tersebar secara meluas. Khabar ingin ini menjejaskan orang Islam dan melemahkan semangat mereka.

Penduduk Muslim Madinah mendapati keadaan mereka bertambah buruk selang hari. Bekalan makanan menyusut, dan malam bertambah sejuk. Mereka kekurangan tidur dan ini juga menjejaskan mereka. Keadaan menjadi genting dan dilaporkan buat kali pertamanya solat berjemaah hanya dilakukan pada malam hari.Mengikut Ibn Ishaq, pada waktu ini keadaan menjadi amat serius dan perasaan takut dirasai di mana sahaja.

Sambungan: Perang Khandaq-Kemenangn Muslimin
                      Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil kemenangan Muslimin


Perang Khandaq-Madinah di kepung

Assalamualaikum

◕Pengepungan Madinah bermula pada 31 Mac 627 M dan berlanjutan selama 27 hari.
◕Memandangkan peperangan pengepungan jarang berlaku di Arabia, pihak bergabung yang tiba di Madinah mendapati dirinya tidak bersedia menangani parit yang digali. 
◕Tentera Gabungan cuba menyerang dengan penunggang kuda dengan harapan mencari laluan, tetapi pihak Muslim dalam kedudukan kukuh dan dapt mematahkan setiap cubaan.Kedua-dua bala tentera berkumpul pada dua belah parit dan menghabiskan masa dua atau tiga minggu menghamburkan penghinaan dalam bentuk syair terhadap masing-masing, diiringi dengan anak panah yang dilepaskan dari jarak jauh. 
◕Maxime Rodinson menulis bahawa tiga orang penyerang dan lima orang yang bertahan,korban dalam tempoh itu. Sebaliknya, tanaman sudah siap dituai dan pihak Gabungan sukar mendaptkan makan buat kuda mereka yang kesudahannya tidak mendatangkan faedah dalam serangan mereka.
◕Para veteran Quraisy mula berasa bosan dengan kebuntuan dan sekumpulan yang diketuai Amr ibn Abd Wudd (yang difikirkan sama dengan seribu pejuang) dan Ikrimah ibn Abu Jahal cuba menggempur melalui parit. Mereka berjaya merentasi parit dan mara ke kawasan paya berdekatan bukit Sala'. 
Amr mencabar Muslim berperang tanding. Sayidina Ali bin Abi Talib menerima cabaran tersebut dan selepas pergelutuan pendek, Amr dibunuh Sayidina Ali. Kemudian teriakan 'Allahu Akbar' - Allah Maha Besar - kedengaran. Selepas pembunuhan Amr pasukan kecil Gabungan berundur dalam keadaan kelam kabut. Kendatipun pihak Gabungan hanya kehilangan tiga orang pejuang, mereka gagal mencapai apa-apa matlamat.
Pasukan Gabungan cuba beberapa kali untuk melintasi parit pada bahagian malam tetapi gagal. Walaupun pihak Gabungan mampu mengatur anggota mereka di sepanjang parit, mereka agak keberatan untuk bertempur berdepan-depan dengan orang Islam kerana pejuang Muslim dianggap lebih cekap dalam pertempuran berdepan-depan.Oleh sebab tentera Islam dalam kedudukan kukuh di belakang tebing parit yang dibina daripada tanah dan bersedia melontarkan batu dan anak panah sekiranya sesiapa cuba menyeberang parit, apa jua gerakan menyeberang akan menyebabkan ramai korban

Sambungan: Perang Khandaq-Pembelotan Bani Quraizah
                  Perang Khandaq-Kemenangan Muslimin
                      Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil kemenangan muslimin


Perang Khandaq-Menggali parit

Assalamualaikum

Penunggang kuda Khuza'ah sampai di Madinah dalam masa empat hari, dan memberi amaran kepada Nabi Muhammad bahawa tentera gabungan dijangka sampai di Madinah dalam masa seminggu.
 Rasulullah (SAW) mengumpulkan orang Madinah bagi membincangkan strategi terbaik bagi menangkis serangan musuh yang bakal menyerang.
Bertemu dan bertempur di tanah lapang (yang membawa kepada kemenangan di Badar), dan menunggu mereka di dalam bandar (pengajaran daripada Uhud) turut dibincangkan.  
Akhirnya, orang Islam yang kurang bilangan daripada musuh mereka memilih peperangan pertahanan dengan menggali parit dalam yang dapat menjadi rintangan kepada musuh di kawasan utara Madinah.Taktik ini dicadangkan oleh Salman al-Farisi, yang mungkin mengubahsuaikan taktik tentera Empayar Sasan.
 Setiap Muslim di Madinah, termasuk Nabi Muhammad, mula menggali parit besar yang selesai digali dalam tempoh enam hari.
Parit digali pada bahagian utara Madinah sahaja memandangkan wilayah lain Madinah dikelilingi gunung berbatu dan kawasan berpokok, yang sukar direntasi ketumbukan tentera besar (khususnya pasukan berkuda). Dari segi taktik, ini bermakna serangan musuh dalam bilangan yang besar hanya boleh dilakukan dari arah utara.
Seiring dengan kerja menggali parit, Madinah juga mengalami kekurangan makanan. Kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di pusat bandar Madinah.Orang Madinah menuai tanaman mereka awal agar tentera Gabungan terpaksa bergantung kepada bekalan makanan mereka sendiri.
Nabi Muhammad menubuhkan markas baginda di sebuah bukit kecil digelar Sala' dan tentera Islam diatur di sana. kedudukan ini memberi pihak Muslim kelebihan sekirannya tentera Kafir berjaya menyeberangi parit.
Kekuatan keseluran tentera Islam yang mempertahankan Madinah daripada serangan musuh terdiri daripada 3,000 orang, dan melibatakan semua penduduk yang berumur 15 tahun ke atas, melainkan Bani Quraizah (Quraizah ada membekalkan orang Islam dengan alat penggali parit).

Perang khandaq-Tentera gabungan musuh

Assalamualaikum


Pada awal tahun 627 M, Yahudi Bani Nadhir bertemu dengan Arab Quraisy Makkah. Huyayy ibn Akhtab, bersama-sama pemimpin-pemimpin lain dari Khaibar, pergi ke makkah bagi membuat perjanjian dengan Safwan.

Sebahagian besar tentera Gabungan dikumpulkan oleh musyrik Makkah dengan diketuai oleh Abu Sufyan, yang membawa 4,000 tentera berjalan kaki, 300 tentera berkuda, dan antara 1,000 ke 1,500 orang yang menunggang unta.

Banu Nadhir pula mula menghasut nomad di bahagian timur semanjung Arabia (Najed). Pihak Nadhir juga berjaya membawa Bani Ghatafan bersama menyertai mereka, dengan menyogok Ghatafan dengan separuh hasil tanaman mereka. Kumpulan ini, yang kedua terbesar, menmbahkan kekeuatan seramai lebih kurang 2,000 orang dan 300 kuda, diketuai oleh Unaina bin Hasan Fazari.

Bani Assad yang diketuai oleh Tuleha Asadi juga bersetuju menyertai pihak Nadhir dan Gabungan. Bani nadhir juga mendapat 700 orang daripada Bani Sulaim, walaupun kelompok ini, jika tidak terdapat beberapa orang besarnya yang menyenangi Islam, mungkin lebih besar kekuatannya.

Bani Amir, yang ada membuat perjanjian dengan Nabi Muhammad, enggan turut serta.
Suku-suku lain termasuk Bani Murrah, dengan kekutan 400 orang dipimpin Hars ibn Auf Murri, dan Banu Shuja, dengan 700 orang yang dipimpin Sufyan ibn Abd Shams. Jumlah keseluruhan tentera Gabungan, mahupun tidak dipersetujui semua sarjan, dianggarkan seramai lebih kurang 10,000 orang infantri dan 600 orang berkuda.

Pada akhir Mac 627 M tentera ini yang diketuai Abu Sufyan, bergerak mara ke Madinah.
Bertepatan dengan perancangan yang dibuat, tentera-tentera yang terkumpul bergerak mara ke hala Madinah, orang Makkah dari arah selatan (di kawasan pesisiran pantai) sementara yang lain dari arah timur. 

Pada masa yang sama, penunggang kuda daripada Bani Khuza'ah berangkat ke Madinah dengan tujuan memberi amaran kepada orang Islam tentang gerakan tentera Kafir ke arah mereka.

Sambungan: Perang Khandaq-Menggali parit
                      Perang Khandaq-Madinah di kepung
                      Perang Khandaq-Pembelotan Bani Quraizah
                      Perang Khandaq-Kemenangan Muslimin
                      Perang khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil Kemenangan kaum Muslimin


Perang Khandaq-Latar belakang

Assalamualaikum

Perang Ahzab atau Perang Khandaq  ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. 


☆Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. 

☆Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Salman al-Farisi yang menasihatkan Nabi Muhammad (SAW) menggali parit.

☆Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.menggambarkan gabungan orang musyrik dan Yahudi menentang Islam.

☆Pengepungan menjadi 'pertarungan kepintaran' dalam mana Muslim secara taktikal mengalahkan musuh mereka sambil hanya mengalami korban kecil. 

☆Usaha bagi mengalahkan orang Islam gagal, dan agama Islam bertambah berpengaruh di rantau itu. Ekoran itu, tentera Muslim mengepung pula penempatan suku Bani Quraizah, yang membawa kepada penyerahan kalah mereka.

☆Kekalahan dalam Perang Khandaq menyebabkan Quraisy hilang perdagangan serta darjat mereka.

Sambungan:Perang Khandaq-Tentera gabungan musuh
                 Perang Khandaq-Menggali parit
                 Perang Khandaq-Madinah di kepung
                 Perang Khandaq-Pembelotan Bani Quraizah
                 Perang Khandaq-Kemenangan muslimin
                 Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil kemenangan muslim
   

Perang Ahzab
Sebahagian dari Perang Muslim-Quraisy
The Prophet's Seal.jpg


Lukisan mohor Nabi Muhammad (SAW)
Tarikh627 Masihi
LokasiMadinah
HasilKemenangan Islam
Yang berperang
Orang IslamQuraisy dan sekutunya
Komander dan pemimpin
Nabi Muhammad s.a.w.Abu Sufyan ibni Harb
Kekuatan
3,00010,000
    

Malaikat menolong dalam Perang Badar


Assalamualaikum
Janji Allah swt sentiasa benar. Melalui ayat 9 sehingga 10 surah Al-Anfaal, Allah swt telah menjanjikan bantuan para Malaikat untuk kaum muslimin semasa Perang Badar. Ia ternyata benar apabila beberapa hadis menyatakan terdapat para sahabat membicarakan perihal ini dengan terperinci. Antara para sahabat yang pernah membicarakannya adalah Ibnu Abbas ra, Umar al-Khattab ra, Ali bin Abi Talib ra dan Rifa’ah bin Rafi’ az Zuraqi ra.
Bagaimana Malaikat menolong tentera Perang Badar?
Para tentera Allah iaitu para Malaikat menolong para tentera muslimin dengan bantuan 1000 malaikat yang berturut-turut. Jumlahnya telah mampu mengerunkan tentera musyrikin yang pada awalnya beranggapan mereka mampu menewaskan tentera muslimin dengan mudah.
Daripada 1000 Malaikat tersebut, mereka berpecah kepada dua menjadikan masing-masing adalah 500 malaikat. Setiap pecahan tersebut diketuai oleh malaikat Jibrail as dan malaikat Mikail as. Malaikat Jibrail as mengetuai bahagian kanan manakala malaikat Mikail as mengetuai bahagian kiri. Ia bersesuaian dengan riwayat daripada Ibnu Abbas ra.
Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata,
“Allah swt menolong Nabi dan orang-orang yang beriman dengan seribu Malaikat, dan Jibrail as termasuk di dalam golongan kelompok lima ratus pertama yang menyerbu musuh daripada sebelah kanan mereka, manakala Mikail as termasuk di dalam lima ratus kedua yang menyerang dari arah kiri mereka.”
Jibrail as juga diriwayatkan menunggang kudanya iaitu Haizum semasa Perang Badar. Malaikat Jibrail as langsung tidak memberi muka kepada tentera kafir musyrikin sehinggakan terdapat tentera musyrikin diriwayatkan terbelah wajah mereka akibat pukulan cambuk.
Imam Abu Jaafar ath-Tabari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Umar al-Khattab. Dalam riwayat tersebut disebutkan,
“Tatkala seorang bersungguh-sungguh melawan orang musyrik yang ada di hadapannya, tiba-tiba dia mendengar suara lecutan cambuk di atasnya dan suara penunggang kuda yang berkata, “Majulah Haizum(nama kuda Jibrail as). Tiba-tiba ia melihat si musyrik telah mati terkapar di hadapannya. Kemudian ia melihatnya dari dekat, ternyata hidungnya telah terpukul dan wajahnya terbelah seperti pukulan cambuk. Mukanya menjadi lebam(akibat pukulan cambuk). Lalu orang Ansar tadi mendatangi Rasulullah saw dan menceritakan kepada  beliau. Rasulullah saw bersabda. “Engkau benar, itu adalah bantuan daripada langit ketiga.” Pada kejadian tersebut, yang terbunu dari orang-orang musyrik sebanyak tujuh puluh orang dan yang ditawan sebanyak tujuh puluh orang”

Tanda pengenalan Tentera Allah
Dalam satu ayat yang lain dalam surah Ali Imran ayat 123 sehingga 124, Allah berfirman,
123. (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” 124. Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
Turunnya para Malaikat untuk bergabung dengan tentera muslimin telah memakai beberapa tanda pengenalan. Bala tentera bantuan Allah swt ini adalah kekuatan sebenar tentera mukmin semasa Perang Badar. Para Malaikat menunjukkan semangat juang yang bergitu tinggi.
Ia diperakui sendiri oleh Malaikat Jibrail as sewaktu datang menanyakan Rasulullah perihal pendapat peribadi Rasulullah berkenaan umatnya yang berperang di Badar. Rasulullah saw lantas menjawab, “Mereka adalah dikalangan yang terbaik”. Jibrail terus menjawab bagi pihaknya, “Bergitu juga yang ikut berperang bagi pihak Malaikat”.
Dalam kekacauan perang tersebut, ramai juga sahabat menyedari kehadiran tentera misteri yang mana mereka langsung tidak mengenalinya sebelum ini. Akibat sibuk membasmi musuh yang menerkam, mereka terpaksa mendiam diri sehingga perang tamat.
Sebaik perang tamat dan mereka telah pun berada di Madinah, timbul beberapa cerita misteri sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadis Shahih.
Antaranya adalah sahabat besar Rasulullah saw dan sepupu baginda, Ali bin Abi Talib ra. Abu Ishaq as-Suddi meriwayatkan dari Haritsah bin Mudhrib, Ali bin Abi Talib ra berkata,“Tanda mereka pada perang Badar adalah bulu putih. Juga ada tanda pada ubun-ubun kuda mereka.”
Mak-hul mengatakan, “Bertanda imamah(berserban yang dililitkan di kepala). Tanda para Malaikat pada Perang Badar adalah serban berwarna hitam manakala pada Perang Hunain adalah serban berwarna merah”
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Yahya bin Abbad bahawa Zubair ra pada Perag Badar mengenakan serban kuning dengan melipatnya, lalu turunlah para Malaikat, juga menggunakan serban kuning.
 Dengan saiz kekuatan musuh yang bergitu, amat wajar Rasulullah saw berasa risau kemungkinan kekalahan tentera Islam semasa Perang Badar. Disebabkan itu, Rasulullah saw kelihatan sugul dan bimbang. Namun, Allah swt sudah merancanakan semuanya. Dengan kekuasaan-Nya, diturunkan para gerombolan Malaikat memberi bantuan kudrat kepada Rasulullah saw dan tentera muslimin.

Perang Badar

Assalamualaikum

Ramadhan adalah merupakan Madrasah Jihad yang telah menyaksikan satu peristiwa besar dalam lipatan sejarah kegemilangan Islam , iaitu al – Ghazwatul Badr al – Kubra . 

Peristiwa yang berlaku pada tanggal 17 Ramadhan Tahun kedua Hijrah .( 13 March 624 Masehi ) ini adalah peristiwa yang menjadi mercu tanda kehebatan kalimah Tauhid di mata dunia. 

Pertembungan antara tentera Muhammad saw. seramai 313 hingga 317 orang dengan tentera yang dipimpin oleh Abu Jahal ibnu Hisyam seramai 1300 orang, menyaksikan pertarungan sengit dan mendebarkan.


Setelah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah, baginda telah diizinkan oleh Allah s.w.t. untuk berperang menentang musuh – apabila turunnya ayat dari Surah al-Baqarah: 19 dan Surah al-Haj: 39-40.

Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang kafilah perdagangan Quraish dari Sham pimpinan Abu Suffian akan pulang ke Mekah melalui jalan persisiran kota Madinah. Oleh yang demikian, baginda mengarahkan para sahabat agar menyiasat dan menyekat kafilah tersebut.


Abu Suffian mengetahui tentang rancangan orang-orang Islam tersebut, lantas beliau mengirim utusan ke Mekah untuk memohon bantuan ketenteraan.
Kaum Musyrikin Mekah menerimanya, Abu Jahal berjaya mengumpul seramai 950-1000 orang tentera segera datang untuk membantu kafilah Abu Suffian. Objektifnya bukan sahaja untuk melindungi kafilah tersebut, malah juga untuk memerangkap dan menghapuskan Nabi dan sahabat-sahabat baginda.

Orang-orang Islam tidak mengetahui tentang kemaraan tentera bantuan daripada Abu Jahal yang ramai itu. Mereka bersama 324 arang tentera terus pergi menyiasat kafilah Abu Suffian dan bertemu dengan tentera Abu Jahal. Orang­orang Islam terkejut melihat tentera musuh yang ramai kerana tujuan mereka yang sebenar bukan untuk berperang.

Lantas Nabi merangka strategi peperangan dan berdoa kepada Allah s.w.t. bagi mendapat pertolongan serta perlindungan kepada orang-orang Islam.

Sebelum meletusnya peperangan, 6 orang – 3 orang daripada pihak Musyrikin dan 3 daripada pihak Islam telah bertarung seorang sama seorang. Pihak Islam diwakili oleh Ali bin Abu Talib, Hamzah bin Abd. Mutalib dan Ubaidah al-Haris. Manakala pihak Musyrikin Mekah pula diwakili oleh Utbah bin ar-Rabiah, al­Walid bin Uthah, dan Shaibah bin al-Rahiah. Dalam pertarungan tersebut, ketiga­tiga pahlawan Musyrikin Mekah dapat ditewaskan.

Setelah itu berlakulah peperangan. Dengan adanya strategi peperangan, penyatuan dan keyakinan serta bantuan da.ripada Allah s.w.t. iaitu pertolongan Malaikat,tentera Islam telah mencapai kemenangan. 

Akibat daripada Perang Badar, seramai 14 orang tentera Islam telah gugur syahid, manakala pihak Musyrikin Mekah pula 70 orang telah terbunuh dan 70 orang lagi dapat ditawan.

Apa yang wajib kita belajar dari Ghazwatul Badar ini ialah : 

Optimis bahawa pertembungan antara Iman dan Kufur pasti akan berlaku dan ia pastinya pula berpihak kepada Iman . 

Jumlah ( kuantiti ) bukan menjadi perkiraan asas dalam menghadapi kekuatan musuh sebaliknya prestasi ( kualiti ) setiap individu muslim yang menjadi nilaian utama, apakah ia menepati kriteria muslim mujahid yang diredhai oleh Allah swt. 

Kecintaan yang tinggi terhadap agama dan kerinduan yang mendalam untuk mati syahid menjadi prestasi utama untuk seorang muslim memiliki kekuatan luar biasa yang tidak mungkin dapat ditewaskan oleh musuh – musuh Islam . Mungkin jasad mereka boleh dibunuh namun Islam , agama yang mereka anut tidak sekali – kali dapat dibunuh . 

Pergantungan yang tinggi kepada Allah swt. Justeru kemenangan adalah anugerah Ilahi sementara kita tidak berkeupayaan tanpa pertolongan daripadaNya . 

Sabar dan Taqwa antara syarat kemenangan yang mesti dimiliki oleh setiap kita . Firman Allah swt : 

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). 

( Surah Aali Imran : Ayat : 200 )