Balasan Orang Yang Meninggalkan Puasa

Assalamualaikum

Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,


بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان ، فأخذا بضبعي، فأتيا بي جبلا وعرا ، فقالا : اصعد ، فقلت : إني لا أطيقه ، فقالا : إنا سنسهله لك ، فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا بأصوات شديدة ، قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار ، ثم انطلق بي ، فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما قال : قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم


"Ketika aku sedang  tidur, aku didatangi oleh dua orang lelaki lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang tidak rata.
 "Naiklah". Lalu kukatakan, "Sesungguhnya aku tidak mampu." Kemudian keduanya berkata,"Kami akan memudahkanmu". 
Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba aku terdengar suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,"Suara apa itu?" Mereka menjawab,"Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka."

Kemudian dibawa lagi aku berjalan-jalan,maka ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki diatas, mulut mereka rosak/robek, darah mengalir dari mulut mereka, aku bertanya: "Siapakah mereka?". Dia menjawab : "mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka (sebelum tiba waktu berbuka)." (HR. An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim dengan sanad sahih. Shifat Shoum Nabi, Salim Al-hilali dan Ali Hasan hlm 25) 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (QS. Al Baqarah : 183)


فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

"Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu." (QS. Al Baqarah: 185)



بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
"Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya; menegakkan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji; dan berpuasa di bulan Ramadhan."
Dalil dari As Sunnah adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,


Doa Memakai Pakaian

Doa ketika memakai pakaian

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ

 Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.


Doa ketika menanggalkan pakaian
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Doa hendak masuk tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

 Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa hendak keluar tandas

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku





Doa Menaiki Kenderaan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ


Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

(Az-Zukhruf : 13-14)

Perbezaan antara Israel,Bani Israel ,Yahudi dan Zionist

Assalamualaikum
Israel adalah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. 
Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti.

Bani Israel adalah anak dan keturunan Nabi Yaakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. 
Nama Bani Israil digunakan sehingga diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka.

Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.
Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang berbangsa Yahudi. Ianya merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel, Switzerland.
Dalam persidangan pertama mereka pada tahun penubuhannya, Theodor Herzl telah dilantik sebagai pemimpin pertama pergerakan tersebut. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur, masuk ke dalam negara Palestin. Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah, bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. Mereka berusaha untuk menzioniskan atau mengyahudikan identiti kawasan berkenaan, lalu mengubah demografi tanah suci tersebut.

Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah. Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian.

Al-Quran menyebut Yahudi daripada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. 
Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini adalah kerana ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.

Ada beberapa pendapat mengenai istilah Yahudi ini. Ada yang menyatakan ianya merujuk kepada anak keempat nabi Ya’qub yang bernama Yahuza. Raja Nebuchadnezzar II adalah pemimpin kerajaan Babylon yang mengalahkan kuasa bangsa Yahudi ini yang ketika itu dikenali dengan nama Kerajaan Yahuza.
Ada yang berpendapat Yahudi itu merujuk kepada pengikut nabi Allah Musa. Bagi yang percaya dengan kitab Taurat dan Zabur, serta Kitab Talmud yang dikarang-karut oleh Hakham (pendita) mereka, mereka dipanggil Yahudi. Semua yang lahir daripada ibu atau bapa berbangsa Yahudi, dianggap Yahudi oleh mereka.
Banyak kajian mendapati yang perkataan Yahudi ini banyak merujuk kepada bangsa mereka yang percaya dengan agama mereka yang telah diseleweng. Ini bermakna, Yahudi lebih merujuk kepada pengikut agama, dan bukannya sinonim dengan bangsa.

Sebahagian ulamak menyatakan yang di dalam Al-Quran, apabila Allah ingin menceritakan kisah jahat bangsa Yahudi ini, Allah banyak menggelar mereka dengan perkataan Yahudi. Dan apabila Allah ingin menceritakan mengenai kisah bangsa ini yang beriman dengan Tuhan mereka, maka Allah akan gunakan perkataan Bani Israel.


Klik nak kenal sifat-sifat yahudi 

*Apabila kita marah pada zionis/yahudi jgn smpai terkeluar kata2 kesat atas nama israil... Dua perbezaan identiti... Yahudi sengaja mengunakan nama israil pada negaranya supaya org2 islam tanpa sedar memaki " bani israel"  yang asal yang beriman kepada Allah SWT

Wallahu a’lam

Kisah Di sebalik Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum
Kisah munculnya anugerah Malam al-Qadar berpunca dari secebis kisah yang diceritakan oleh Nabi s.a.w mengenai kehebatan seorang Pemuda Bani Israel yang mempunyai kekuatan luar biasa dan kerjanya ialah memerangi musuh-musuh Allah. Hebatnya beliau sehingga beliau tidak pernah kalah apabila bertempur dengan orang-orang kafir walaupun bilangannya ramai.
Mengikut riwayat, nama lelaki tersebut ialah Syam’un dan dalam versi Inggeris popular dengan nama “Samson delilah”. Oleh kerana kehebatan beliau memerangi musuh-musuh Allah, maka orang-orang kafir berusaha mencari jalan untuk membunuh Syam’un. Lalu isteri Syam’un sendiri diberi upah yang lumayan untuk menjalankan tipu daya dengan matlamat membunuh Syamun.
Maka pada satu malam ketika Syam’un sedang tidur, isterinya telah mengikat suaminya dengan tali dengan harapan mudah untuk orang-orang kafir membunuhnya. Namun ketika Syam’un terjaga dari tidur, beliau lantas menggerakkan badannya dan semua tali yang mengikat tangan dan kakinya telah terputus dengan mudah.
Lalu Syam’un bertanya kepada isterinya mengapa dia diperlakukan sedemikian rupa. Lalu jawab isterinya ” aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja.” Orang-orang kafir masih tidak berputus asa. Lalu diberi rantai besi pula kepada isterinya untuk mengikat Syam’un ketika sedang tidur. Dan ketika Syam’un tidur, sekali lagi isterinya mengikat Syam’un dengan rantai besi yang diberi oleh orang-orang kafir. Namun sekali lagi dengan mudah Syam’un memutuskan rantai besi yang mengikat kedua-dua tangan dan kakinya. Dan apabila ditanya, sekali lagi isterinya memberi jawapan yang sama.
Lalu Iblis menyamar sebagi manusia dan mendatangi orang-orang kafir itu dan memberi cadangan kepada isteri Syam’un agar bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikat dan melemahkannya. Dan apabila ditanya oleh isterinya apakah benda yang melemahkannya, lalu dijawab dengan jujur oleh Syam’un, ” Yang mampu melemahkannya ialah sekiranya ia dikat dengan menggunakan rambutnya sendiri.”
Sekali lagi ketika Syam’un sedang tidur, rambutnya yang panjang itu telah dipotong lalu dijadikan tali untuk mengikat kedua kaki dan tangannya oleh isterinya sendiri. Memang benar, sebaik sahaja Syam’un terjaga beliau tidak dapat melepaskan ikatan di kaki dan tangannya dan badannya juga beransur-ansur lemah. Kesempatan ini telah diguna dengan sebaik mungkin oleh orang-orang kafir untuk membawa Syam’un ke tempat penyeksaan. Syam’un telah disiksa dengan begitu kejam sekali sehinggakan kedua-dua telinga dan juga bibirnya telah dipotong oleh orang-orang kafir.
Ketika saat Syam’un berkeadaan lemah akibat siksaan yang sungguh dasyhat, Syam’un telah berdoa kepada Allah s.w.t agar dikembalikan semula kekuatannya untuk melawan musuh-musuh Allah yang telah menyiksanya. Allah memakbulkan doa beliau lantas ikatan pada tubuhnya dengan mudah dilepaskan oleh Syam’un. Kemudian Syam’un telah membunuh kesemua orang-orang kafir yang telah melakukan penyiksaan terhadap dirinya. Dan selepas itu Allah telah memanjangkan umur Syam’un hingga 1000 bulan lagi, atas permintaan Syam’un untuk berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.
Apabila kisah ini selesai diceritakan oleh Nabi kepada para sahabat, maka menangis para sahabat kerana mengenangkan betapa bertuahnya Syam’un kerana dapat berbakti kepada Allah dalam tempoh yang sangat panjang. Sedangkan para sahabat membandingkan dengan diri mereka yang baru memeluk agama Islam dan sangat kurang baktinya kepada agama Allah. Tambahan pula umur umat Nabi Muhammad tidaklah panjang jika di banding dengan umat-umat terdahulu.
Ketika itulah turun ayat al-Quran Surah al-Qadar 
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Turunnya Surah Al-Qadar adalah hadiah dari Allah bagi memberi berita gembira kepada umat Nabi Muhammad s.a.w supaya berusaha mendapatkan Malam yang jika beramal di dalamnya, ganjaran pahalanya lebih baik dari 1000 bulan.SubhanAllah


Adakah Roh Akan Pulang Ke Rumah Di Bulan Ramadhan?

Assalamualaikum

Seseorang yang sudah meninggal, dia terpisah dari kehidupan dunia ini, dan berpindah ke alam barzakh. 
Rohnya tidak akan  kembali ke pangkuan keluarganya,tidak mengetahui semua keadaan keluarganya.

Khabar yang menyebut bahawa roh akan kembali ke pangkuan keluarga di bulan Ramadhan dan  40 hari selepas kematian adalah khurafat, yang sama sekali tidak memiliki dalil. Mereka  sibuk dalam kenikmatan atau azab di alam kubur. (Fatwa Islam, 13183)

Jika roh itu boleh kembali dan tinggal bersama keluarganya selama masa tertentu, tentu yang paling layak mendapatkan keadaan ini adalah roh para Nabi, para sahabat, atau para syuhada yang meninggal di medan jihad. 

Bagi Roh orang yang beriman, mereka akan menerima balasan yang baik di alam barzakh.
Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. 
Sebagaimana sabda Nabi S.A.W
"Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka" 


Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

1.Firman Allah SWT ertinya 
" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

2.Firman Allah SWT ertinya :
"Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia.


Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati dengan izin Allah SWT boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)

Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali.  
Hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan alam roh iaitu 
Sedekah jariah
Ilmu yang bermanfaat
Doa-doa daripada anak-anak yang soleh.
Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memberi manfaat untuk diri mereka.



Syarat Wajib Puasa dan Syarat Sah Puasa

Assalamualaikum

Syarat Wajib Puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
Berakal/waras
Ibadah puasa dituntut kepada mereka yang berakal dan yang waras dalam berfikir sebagai seorang manusia. Tidak wajib kepada mereka yang hilang kewarasan akal, gila, tidak sedarkan diri (koma) dan yang setara dengannya.

Baligh (cukup umur)
Puasa diwajibkan ke atas mereka yang telah mencapai usia baligh disisi syarak. 
Tanda baligh adalah: 
(a)Keluarnya mani dalam keadaan sadar atau saat mimpi;
(b) Tumbuhnya bulu kemaluan
(c) Dua tanda yang khusus pada wanita adalah haid dan hamil.

Mampu/tidak uzur.
Sihat, tidak dalam keadaan sakit yang boleh medatangkan kemudaratan  kepada diri untuk berpuasa.

Syarat Sah Puasa
Syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

Orang Islam
Disyariatkan berpuasa kepada mereka yang memeluk agama Islam dan tidak disyariatkan ibadah ini kepada kaum kafir.

Berakal
tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz( istilah bagi anak kecil yang  boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk)

Suci daripada haid dan nifas
Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.