Hukum Gosok Gigi Di Bulan Puasa

Hukum bersugi atau bersiwak (gosok gigi) ketika puasa adalah harus dan sunat.Berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :
 “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

 Tujuan bersiwak  ialah untuk menjaga kebersihan mulut supaya tidak menganggu masyarakat di sekeliling kita di samping supaya kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi terpelihara.

Bersugi dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam setiap waktu di bulan ramadhan, samada pagi , tengahari atau petang, ia berdasarkan hadith sohih yang menyebut :
Dari 'Amir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa"( Riwayat al-Bukhari)
Nabi bersiwak  menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi yang berperisa. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Memang benar, perbuatan 'ter' minum tidak wajar menjadi batal kerana ia tidak disengajakan, tetapi apabila sesuatu yang 'mubah' dibuat tanpa keperluan lalu menyebabkan 'ter'minum, ia boleh membawa kepada batal. Sebagaimana mandi biasa berulang kali dengan sengaja, berkumur berulang kali dengan sengaja sehingga akhirnya terminum.
 gambar hiasan je"saya tak puasa pun kena paksa gosok gigi!"
Sheikh Muhammad Ibn Saleh al-Uthaimin mengatakan bahawa menggunakan ubat gigi ketika berpuasa di Ramadhan dan selainnya tidaklah mengapa baginya selagi tidak ia masuk dalam perut. Tetapi lebih baik ditinggalkan dari melakukannya kerana atasnya itu mengandung pengaruh yang kuat untuk menembusi perut sedangkan insan itu tidak menyedarinya.

Rasulullah saw bersabda kepada Qait bin Sabrah : "Berlebihanlah dalam berkumur melainkan engkau berpuasa." 
Maka, lebih elok tidak menggunakan ubat gigi ketika mengerjakan puasa dan  diakhirkannya hingga sampai waktu berbuka puasa, maka dia memelihara puasanya dari apa sesuatu yang boleh merosakkannya.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak  masuk sesuatu pun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yg dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak.

Allah swt berfirman : "Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
Dan Nabi saw bersabda : "Diangkat dari umatku kesilapan, kelupaan dan apa sahaja yang dipaksakan atasnya."

Maksud Imsak

Waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Qur’an yang sederhana panjang.Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menahan daripada sesuatu.

Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk menantikan masuknya waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu subuh. 


Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia amalan Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis daripada Zaid bin Thabit iaitu:

“kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya “berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?”, baginda bersabda “50 ayat al-Qur’an” (HR Bukhari).

Kesimpulannya, mereka yang makan/minum selepas waktu imsak tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai masuknya waktu subuh tetapi bersahur ketika hampir waktu imsak (tidak terlalu cepat atau lambat) adalah yang digalakkan kerana ia sunnah Rasulullah SAW dan merupakan adab bersahur yang sangat baik. 
Meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja tanpa alasan munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadah puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah Allah maka adalah baik jika kita mengikut panduan yang diberi.

Sesungguhnya Allah Ta’ala lebih mengetahui.

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Lengkap

foto kredit:Majalah Cahaya JAKIM

1.Niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada anggota tubuh.Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

 نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى 
Nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta'ala
Ertinya : "Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta'ala "

2.Mendahului dengan bacaan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

3.Terlebih dahulu membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada badan.
i)Mencuci tangan sebanyak tiga kali
ii)Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

4.Berwuduk.
i)Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa(untuk solat) atau menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
ii)Membaca doa selepas wuduk

,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
“Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.”
Ertinya :“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukanNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

5.Meratakan air ke seluruh anggota badan
i)Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga kali.Bagi wanita perlu dilepaskn ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
ii)Mendahulukn anggota tubuh yang kanan dahulu daripada yang kiri
iii)Setiap basuhan sebanyak tiga kali


Soalan(kredit:hafizamri.com)

Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering?
untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya tidak terkana air. Ketika mandi wajib , wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yg tidak boleh terkena air ( yang berbalut ).selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum utk menyempurnakan mandi wajib tersebut.


Adakah sah menggunakan sabun mandi atau syampu semasa mandi wajib?
Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib, ataupon mandi wajib dahulu setelah semunya dah rata boleh lah gunakan sabun dan syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau syampu.

Bolehkah kite niat: Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Ta’ala
Utk mandi hadas haid, nifas, wiladah, junub?

Ya boleh, dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu(mandi junub) maka terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid,nifas,wilada dan lain-lain.

Adakah perbezaan mandi wajib diantara laki2 & perempuan?
Tiada bezanya mandi wajib laki-laki dan perempuan, cuma bagi perempan kenalah cermat sikit ratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai.


Adakah sah mandi wajib apabila saya mengosok qubul atau dubur dengan tangan ketika mandi wajib untuk meratakan air ke tempat sulit itu?? bagaimana cara nya??
Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi terbatalnya wuduk,Jika x nak terbatalnya wudu’, mandi menggunakan kain basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit. jika wuduk terbatal juga, boleh ambil semula selepas mandi junub,


 Setelah selesai mandi wajib boleh ka terus kluar dari bilik air atau ada doa sebelum 
keluar dari bilik air?
Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar, tetepi di sunatkan berdoa setelah keluar bilik air.


Bolehkah kita mandi dgn tiada sehelai benang pun atau kena pakai kain?
Boleh tetapi makruh…


Bagaimana niat untuk mandi wajib setelah melakukan persetubuhan dlm waktu datang haid?adakah ‘sahaja aku mengangkat hadas besar kerana haid dan manji junub kerana Allah Taala’?
Niat nya sama sahaja..”sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala’.



Doa sebelum makan dan Doa sudah makan


Doa Sebelum Makan

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"
Ertinya :
Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.(HR.Ibnu as-Sani)

Doa Sesudah Makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja'alanaa minal muslimiin"
Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.(HR.Abu Daud)


Balasan Orang Yang Meninggalkan Puasa

Assalamualaikum

Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda,


بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان ، فأخذا بضبعي، فأتيا بي جبلا وعرا ، فقالا : اصعد ، فقلت : إني لا أطيقه ، فقالا : إنا سنسهله لك ، فصعدت حتى إذا كنت في سواء الجبل إذا بأصوات شديدة ، قلت : ما هذه الأصوات ؟ قالوا : هذا عواء أهل النار ، ثم انطلق بي ، فإذا أنا بقوم معلقين بعراقيبهم ، مشققة أشداقهم ، تسيل أشداقهم دما قال : قلت : من هؤلاء ؟ قال : هؤلاء الذين يفطرون قبل تحلة صومهم


"Ketika aku sedang  tidur, aku didatangi oleh dua orang lelaki lalu keduanya menarik lenganku dan membawaku ke gunung yang tidak rata.
 "Naiklah". Lalu kukatakan, "Sesungguhnya aku tidak mampu." Kemudian keduanya berkata,"Kami akan memudahkanmu". 
Maka aku pun menaikinya sehingga ketika aku sampai di kegelapan gunung, tiba-tiba aku terdengar suara yang sangat keras. Lalu aku bertanya,"Suara apa itu?" Mereka menjawab,"Itu adalah suara jeritan para penghuni neraka."

Kemudian dibawa lagi aku berjalan-jalan,maka ketika itu aku melihat orang-orang yang digantung dengan kaki diatas, mulut mereka rosak/robek, darah mengalir dari mulut mereka, aku bertanya: "Siapakah mereka?". Dia menjawab : "mereka adalah orang-orang yang berbuka sebelum halal puasa mereka (sebelum tiba waktu berbuka)." (HR. An-Nasa'i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim dengan sanad sahih. Shifat Shoum Nabi, Salim Al-hilali dan Ali Hasan hlm 25) 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (QS. Al Baqarah : 183)


فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

"Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu." (QS. Al Baqarah: 185)



بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
"Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya; menegakkan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji; dan berpuasa di bulan Ramadhan."
Dalil dari As Sunnah adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,


Doa Memakai Pakaian

Doa ketika memakai pakaian

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ

 Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan upaya dariku.


Doa ketika menanggalkan pakaian
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Doa hendak masuk tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

 Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Doa hendak keluar tandas

غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku





Doa Menaiki Kenderaan

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ


Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.

(Az-Zukhruf : 13-14)