Hukum Gosok Gigi Di Bulan Puasa

Hukum bersugi atau bersiwak (gosok gigi) ketika puasa adalah harus dan sunat.Berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :
 “Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

 Tujuan bersiwak  ialah untuk menjaga kebersihan mulut supaya tidak menganggu masyarakat di sekeliling kita di samping supaya kebersihan dan kesihatan mulut dan gigi terpelihara.

Bersugi dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam setiap waktu di bulan ramadhan, samada pagi , tengahari atau petang, ia berdasarkan hadith sohih yang menyebut :
Dari 'Amir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa"( Riwayat al-Bukhari)
Nabi bersiwak  menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi yang berperisa. Justeru tiada kemungkinan nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang peluang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Memang benar, perbuatan 'ter' minum tidak wajar menjadi batal kerana ia tidak disengajakan, tetapi apabila sesuatu yang 'mubah' dibuat tanpa keperluan lalu menyebabkan 'ter'minum, ia boleh membawa kepada batal. Sebagaimana mandi biasa berulang kali dengan sengaja, berkumur berulang kali dengan sengaja sehingga akhirnya terminum.
 gambar hiasan je"saya tak puasa pun kena paksa gosok gigi!"
Sheikh Muhammad Ibn Saleh al-Uthaimin mengatakan bahawa menggunakan ubat gigi ketika berpuasa di Ramadhan dan selainnya tidaklah mengapa baginya selagi tidak ia masuk dalam perut. Tetapi lebih baik ditinggalkan dari melakukannya kerana atasnya itu mengandung pengaruh yang kuat untuk menembusi perut sedangkan insan itu tidak menyedarinya.

Rasulullah saw bersabda kepada Qait bin Sabrah : "Berlebihanlah dalam berkumur melainkan engkau berpuasa." 
Maka, lebih elok tidak menggunakan ubat gigi ketika mengerjakan puasa dan  diakhirkannya hingga sampai waktu berbuka puasa, maka dia memelihara puasanya dari apa sesuatu yang boleh merosakkannya.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak  masuk sesuatu pun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yg dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak.

Allah swt berfirman : "Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
Dan Nabi saw bersabda : "Diangkat dari umatku kesilapan, kelupaan dan apa sahaja yang dipaksakan atasnya."

1 comments:

adianiez AIDA said...

A very good piece.
Tq for sharing :-)