Assalamualaikum
Pada zaman dahulu,ada sepasang suami isteri yang miskin.Walaupun hidup dalam serba kekurangan,mereka sentiasa taat peritah Allah s.w.t.
Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Isterinya pula kadangkala mengeluh kerana hidup mereka yang miskin itu.
Suami nya sentiasa mencari jalan untuk mengubah nasib mereka.
Suatu hari, si suami berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang.Rupa-rupanya orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.
"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.."
Maka pulanglah dia terburu-buru. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas suaminya bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi dia tidak menjawab.Segera dinaiki keldainya dan dipacu laju ke pohon tadi.
Buatlah sesuatu perkerjaan kerana Allah s.w.t
Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.
"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu."
"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak terikut-ikut syirik seperti mereka. Pergi kamu balik!."
"Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan kamu berani nak teruskan!" bentak iblis laknatullah marah.
Akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun.
Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata,
"Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan.Kalau Tuan tidak meneruskan niat tuan itu,.saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang tuan akan saya sediakan wang emas empat dinar.''
Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Dia teringatkan isterinya yang hidup miskin di sampingnya.Da teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia.Niat nya terhenti di situ.
Hari pertama, ketika si suami selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. memang ada empat wang dinar emas Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas.
Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang,tetapi tidak ada wang dinar. Hari ke empat pun tetap sama.
Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan.
Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok mungkin kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya,tetap kosong!.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."
"Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si suami.
Iblis selalu menyesatkan manusia dengan harta dunia...
Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang.
"Mahu ke mana kamu?" herdiknya
"Mahu menebang pohon itu,kau menipu aku!" jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan kau teruskan." larang si iblis laknatullah
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat.
Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan,
"Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan aku, padahal dulu kau tidak berdaya sama sekali?"
Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab,
"Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kau mampu menjatuhkan aku. Pergi kau dari sini!''
Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu.Dia berasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang dia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan dia sedar perjuangan yang seperti itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti dia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?
"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim
4 comments:
nice sharing
terima kasih
nice sharing
terima kasih
sangat menginsafkan
terima kasih
Post a Comment