Asal usul Air Zam-Zam

Assalamualaikum

Setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak dikurniakan anak oleh Allahs.w.t.Maka satu hari isteri Nabi Ibrahim (Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim
berkahwin lagi.Memandangkan usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju berkahwin dengan khadamnya yang bernama Hajar, dengan perkahwinan ini akhirnya Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan beri nama Ismail (Nabi Ismail).

Dengaan lahirnya Nabi Ismail maka suasana rumahtangga Nabi Ibrahim mengalami suatu perubahan, yang mana selama ini Nabi Ibrahim mengharapkan agar cita-citanya untuk memperolihi anak telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. Sarah juga adalah antara orang yang paling gembira dengan lahirnya Nabi Ismail.Setelah sekian lama berlalu timbullah rasa kurang senang dihati Sarah yang mana akhirnya dia terpaksa meluahkan isi hatinya kepada Nabi Ibrahim, Sarah juga meminta supaya Hajar dan (Nabi) Ismail dibawa jauh dari pandangan matanya. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar)pergi jauh dari situ..

Kemudian bermulalah perjalanan yang jauh di antara Nabi Ibrahim dengan Hajar berserta dengan anaknya Nabi Ismail.Perjalanan mereka tiada tujuan, lama mereka berjalan akhirnya mereka berhenti disuatu tempat.Dan di tempat itulah Nabi Ibrahim meninggalkan Hajar bersama anaknya Nabi Ismail, disertakan dengan makanan yang banyak untuk mereka berdua.Nabi Ibrahim yang hendak berangkat ke Palestin berdoa kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan Allah s.w.t. menjaga anak dan isterinya dari segala bahaya dan malapetaka.

Belum sempat Nabi Ibrahim hendak meninggalkan isteri dan anaknya, hajar dengan segera mengikuti dari belakang sambil memegang tali unta yang dikenderai oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:
"Ya Ibrahim! kemanakah engkau hendak pergi dan kenapa kamu meninggalkan kami disini, dan ditempat yang menakutkan?".
.Akhirnya Nabi Ibrahim pun memberitahu Hajar bahawa semua ini adalah atas kehendak Allah s.w.t. Nabi Ibrahim pun menasihatkan kepada Hajar agar sabar menerima takdir diatas setiap perintah Allah s.w.t. dan supaya dia tunduk dan patuh menurutkan semua perintah dan anjuran itu.

telaga air zam-zam

Duduklah Hajar bersama anaknya dengan memakan makanan yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim.Setelah sekian lama maka habislah semua bekalan makanan, Hajar dan anaknya mulai merasai lapar, kelaparan yang amat sangat dan satu penderitaan yang tidak pernah dirasai oleh mana-mana manusia. Hajar sangat risau memikirkan anaknya yang memerlukan air, keadaan padang pasir dengan terikan matahari yang sangat panas mengeringkan lagi kerongkong hajar dan anaknya.

Melihat akan keadaan anaknya yang semakin tenat, maka Hajar pun meninggalkan anaknya dan keluar mencari air sekejap Hajar pergi mencari air ia kembali melihat anaknya, kemudian pergi lagi untuk mencari air dan kembali lagi melihat anaknya, demikianlah hal hajar.Tempat yang diulang alik oleh Hajar itulah sekarang disebut Shafa dan Marwa, setiap kali Hajar kembali melihat anaknya, ia akan melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Shafa dan ia berkejar ke Shafa tapi tidak ada air disitu dan akan kembali melihat anaknya, dari tempat anaknya Hajar melihat seolah-olah ada tanda-tanda air di Marwa, ia berkejar ke sana tapi tidak juga ada air.Demikianlah Hajar berulang-alik diantara Shafa dan Marwa sebanyak 7 kali.Dan hal inilah adanya ibadat haji disyariatkan yakni ibadat Sa'i.

Diriwayatkan bahawa semasa Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir putus asa, kecuali dari rahmat Allah s.w.t. dan pertolongannya, maka datanglah malaikat Jibrail bertanya:
"Siapakah sebenarnya kamu ini?"
"Aku adalah hamba sahaya Nabi Ibrahim".Ujar Hajar.Malaikat Jibrail bertanya lagi:
"Kepada siapakah engkau harapkan disini?".
''Hanya kepada Allah s.w.t." Jawab Hajar.Berkatalah malaikat jibrail:
"Kalau begitu, engkau telah mengharapkan kepada Zat yang maha pemurah lagi maha pengasih, yang akan melindungimu".

Malaikat Jibrail mengajak Hajar mengikutnya pergi ke satu tempat, dimana malaikat Jibrail menginjakkan telapak kakinya keras-keras di atas tanah dan dengan segera keluarlah air tanpa berhenti-henti dari bekas tapak kaki itu dan airnya pula sangat jernih dengan kuasa Allah s.w.t. Itulah air yang disebut AIR ZAM-ZAM.

Hajar sangat gembira melihat air itu, dengan segera ia membasahkan bibir Nabi Ismail dan dengan segera Nabi Ismail kembali segar.

0 comments: