Adakah Roh Akan Pulang Ke Rumah Di Bulan Ramadhan?

Assalamualaikum

Seseorang yang sudah meninggal, dia terpisah dari kehidupan dunia ini, dan berpindah ke alam barzakh. 
Rohnya tidak akan  kembali ke pangkuan keluarganya,tidak mengetahui semua keadaan keluarganya.

Khabar yang menyebut bahawa roh akan kembali ke pangkuan keluarga di bulan Ramadhan dan  40 hari selepas kematian adalah khurafat, yang sama sekali tidak memiliki dalil. Mereka  sibuk dalam kenikmatan atau azab di alam kubur. (Fatwa Islam, 13183)

Jika roh itu boleh kembali dan tinggal bersama keluarganya selama masa tertentu, tentu yang paling layak mendapatkan keadaan ini adalah roh para Nabi, para sahabat, atau para syuhada yang meninggal di medan jihad. 

Bagi Roh orang yang beriman, mereka akan menerima balasan yang baik di alam barzakh.
Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. 
Sebagaimana sabda Nabi S.A.W
"Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka" 


Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.

1.Firman Allah SWT ertinya 
" Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

2.Firman Allah SWT ertinya :
"Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia.


Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati dengan izin Allah SWT boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Kitab Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20)

Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali.  
Hanya ada tiga perkara yang menghubungkan dunia dengan alam roh iaitu 
Sedekah jariah
Ilmu yang bermanfaat
Doa-doa daripada anak-anak yang soleh.
Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memberi manfaat untuk diri mereka.



0 comments: