Assalamualaikum
Imam Syafie merupakan imam yang mengasaskan mazhab Syafie yang menjadi ikutan lebih dari separuh dari umat Islam di dunia ini.Jom baca biodata ringkas tentang beliau.
Riwayat Hidup
- Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
- Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.
- Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
- Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya,
- Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan
- Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang ke empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie"
- Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
Pendidikan
- Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz Al-Quran.
- Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.
- Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
- Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
- Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
- Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
- 1/3 malam untuk berehat.
- 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
- 1/3 malam untuk beribadat.
- Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.
Peribadi
- Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
- Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
- Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
- Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
- Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
- Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.
- Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
- Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.
Sumbangan
- Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
- Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
- Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.
Kitab-kitab tersebut ialah:
Abtal Al-Istihsan.
Ahkam Al-Quran.
Ar-Risalah.
Ahkam Al-Quran.
Ar-Risalah.
- Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah;
Al-Mukhtasar Al-Kabir.
Al-Mukhtasar as-Saghir.
Al-Farid.
Al-Umm.
- Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
Al-Masnad.
Al-Amali.
Ikhtilaf Al-Hadis.
- Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.
- Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura dan Malaysia
2 comments:
info yang menarik ..
Lengkp ...
Post a Comment