Pages

Sunday, 7 October 2012

Siapa Malaikat Jibril

Assalamualaikum

Malaikat Jibril  adalah malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan
Rasul. 
Berdasarkan kepada Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat.

Allah SWT  menciptakan Jibril dengan bentuk yang cantik, dengan 600 sayap yang panjang , sayap itu jaraknya menutupi ufuk antara timur dan barat. Dari setiap sayapnya, berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Dikatakan juga jika seluruh air sungai dan lautan di bumi dicurahkan ke Jibril, maka tidak akan jatuh walau setitis pun.

Malaikat Jibril a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belum pun selesai pertanyaan itu, Malaikat Jibril a.s. telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan.


Dikatakan Jibril menampakkan bentuk aslinya kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 2 kali:

 1.ketika turunnya wahyu pertama di gua Hira'
 2.ketika Isra' dan Mikraj

gambar hiasan
Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada baginda Muhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, tidak seperti nabi yang lain. Nabi Isa a.s. hanya ditemui 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali. Jibril jugalah malaikat yang menyampaikan berita kelahiran Nabi Isa kepada ibunya Siti Maryam (Penganut Kristian memanggil Virgin Mary)

 Malaikat Jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang Iman, Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.

Nama Malaikat Jibril ada disebut di dalam al-Quran iaitu:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Baqarah: 97)
"Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir." – (Surah Al-Baqarah: 98)
"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya" – (Surah At-Tahrim: 4)
Arabic Manuscript


Sabda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Jibril a.s. sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-
1. sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. duduk bersama para ulamak
3. menziariahi orang sakit
4. menghantar jenazah
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim


No comments: