Siapa Nabi Idris

Biodata Nabi Idris,Biografi Nabi Idris
Assalamualaikum..

Nabi Idris merupakan keturunan keenam dari Nabi adam A.s iaitu putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. serta keturunan pertama yang dikurniakan  menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.

Nama sebenar baginda ialah Akhnuh."Idris" adalah gelaran baginda kerana banyak mempelajari sahifah. Nabi Idris  gagah dan memiliki kekuatan yang luar biasa sehingga digelar "Asadul Usud" yang bermaksud Singa dari segala Singa.

Nabi Idris dianugerahkan Allah dengan  kepandaian ilmu disiplin,kemahiran serta pandai mencipta peralatan yang digunakan manusia hingga hari ini.

Baginda mahir dalam bidang penulisan,matematik serta astronomi dengan menggunakan bintang di langit sebagai penunjuk arah, waktu untuk bercucuk tanam dan mengetahui keadaan cuaca.

Beliau juga pandai menjahit pakaian dan menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.

Nabi Idris lah manusia yang terawal menulis menggunakan pen.

Sejak kecil, Nabi Idris telah pandai membaca Sahifah (lembaran tertulis) yang diajarkan oleh Nabi Syits.Baginda telah menerima wahyu dari Allah Swt melalui Malaikat Jibril sebanyak 30 Sahifah iaitu lembaran tertulis.

Menurut Sami Abdullah Al-Maghluts, Nabi Idris diutuskan kepada kaum dari Nabi Syits AS iaitu keturunan Qabil putra Nabi Adam A.s.

Baginda berdakwah hanya untuk agama Allah Swt,mengajar Tauhid dan juga beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup kepada pengikut-pengikutnya agar selamat dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia.

Nabi Idris hidup di bumi sehingga usia 82 tahun.

Related Posts:

  • Ibu bapa khinzir Assalamualaikum Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip ka… Read More
  • Titian Sirat Al-Mustaqeem السلام عليكم Sirat-al-Mustaqim adalah jambatan/titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam.Setelah melepasi masa d… Read More
  • Nabi Nuh A.S السلام عليكم Nabi Nuh as merupakan keturunan kesembilan dari Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Mutawasylah bin Idris as bin Yarid… Read More
  • Unta jadi hakim Assalamualaikum Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya.Maka dia datan… Read More
  • Nabi Hud Assalamualaikum Nabi Hud merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh ) dari suku 'Aad (عاد), suku yang hidup di jazirah Arab… Read More

0 comments: