3 Jenis mimpi dalam Islam



Assalamualaikum

Mimpi terbahagi kepada tiga iaitu:

1.Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.

2.Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

3.Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.


                                       
 Adab-adab ketika dan selepas mendapat sesuatu mimpi

"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (mmbaca ta'auz), dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.." 

(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)


Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan untuk:
  • Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
  • Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali. 
  • Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain. 
  • Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)
                                           

Related Posts:

  • Doa Menaiki Kenderaan بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّ… Read More
  • Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ Doa hendak masuk tandas بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَا… Read More
  • Doa Memakai Pakaian Doa ketika memakai pakaian اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيْ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ  … Read More
  • Balasan Orang Yang Meninggalkan Puasa Assalamualaikum Abu Umamah menuturkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, بينا أنا نائم إذ أتاني رجلان ، فأخذا… Read More
  • Perbezaan antara Israel,Bani Israel ,Yahudi dan Zionist Assalamualaikum Israel adalah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah… Read More

0 comments: