Tanda kiamat besar -2 Lahir anak dari perbuatan zina dan penceraian yang tidak diluluskan mahkamah


Assalamualaikum

Lahir anak-anak hasil perbuatan zina

Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah iaitu berzina yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid.

Dalam sebuah hadis, baginda s.a.w. ada bersabda maksudnya : "Wahai orang yang beriman, takutilah kamu akan zina, kerana akibat daripadanya ada enam perkara, tiga di dunia dan tiga lagi akan berlaku di akhirat"

Tiga balasan di dunia:

1. kehilangan keceriaan wajah,
2. pendek umur dan
3. sentiasa dalam keadaan susah.

Tiga balasan di akhirat:
1. kemurkaan Allah,
2. balasan yang buruk, juga
3. azab di Neraka. "

RasulullahS.A.W menjelaskan bahawa apabila seseorang itu berzina, maka akan keluarlah iman daripada dirinya seumpama awan yang melindungi atas kepalanya, kemudian apabila ia hilang, iman itu kembali semula.


Penceraian yang tidak diluluskan mahkamah

Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.
Melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.
Jika suami sudah terlafaz cerai di rumah, di pejabat, di dalam kereta, atau di mana saja, asalkan tanpa kebenaran mahkamah, maka apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin.
Apa yang penting di sini adalah kesedaran umat Islam di negara ini  bahawa undang-undang tidak membenarkan pasangan bercerai tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada mahkamah syariah. Kebenaran ini perlu bagi memastikan masyarakat Islam tidak sewenang-wenangnya bercerai sesuka hati tanpa kawalan atau pemantauan.

0 comments: