Malaikat Mikail

Assalamualaikum

Malaikat Mikail merupakan malaikat yang menyampaikan rezeki termasuklah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi .Malaikat Mikail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang diciptakan Allah SWT

  • Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faron.(Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah)
  • Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.
  • Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata
  •  Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa
  • Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata 
  • setiap titisan air mata itu Allah SWT ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail 
  • Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah SWT sehingga hari kiamat.
  • Di setiap muka ini pula mempunyai satu juta mulut 
  • Di setiap mulut mempunyai satu juta lidah 
  • Setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan
  • Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah SWT bagi orang-orang mukmin yang berdosa
Di samping bertasbih, para-malaikat Karubiyyuun ini juga berperanan sebagai pembantu bagi malaikat Mikail dalam menjalankan tugas menyelia angin, membahagikan rezeki pada manusia, tumbuh-tumbuhan juga haiwan-haiwan dan lain-lain di muka bumi ini. Dikatakan setiap satu makhluk yang memerlukan rezeki untuk hidup di dunia ini akan diselia rezekinya oleh satu malaikat Karubiyyuun.


" Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir. " 


Dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

1 comments:

sodah binti jemah (bukan nama sebenar) said...

Nice post. :D

inialolo.blogspot.com