Qarin pendamping manusia

Assalamualaikum

Qarin adalah istilah yang digunakan untuk menunjuk kepada malaikat dan jin (golongan setan) yang mendampingi setiap manusia
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali.
Cuma bezanya, Qarin Rasulullah telah diIslamkan dengan bantuan Allah SWT.

Tugas Qarin ialah, mendorong dampingannya untuk berbuat kejahatan.Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, rasa malas ketika hendak membaca Al-Quran dan sebagainya.Dia sentiasa bekerja keras untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi adanya pendamping jahat, Allah mengutuskan Malaikat Qarin yang selalu membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan.
Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

"Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat.''
Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah?." 
"Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan saja."

والله أعلمُ

Related Posts:

  • Wanita pertama yang masuk Syurga السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurg… Read More
  • Hukum lelaki memakai inai Assalamualaikum Haram bagi kaum lelaki memakai inai sekalipun bagi tujuan berkahwin,kecuali dalam keadaan terpaksa seperti unt… Read More
  • Amalan-amalan penghapus dosa السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 1.Menyempurnakan wuduk dan berjalan ke masjid Rasullullah s.a.w: "Sempurnaka… Read More
  • Azab Allah kepada kaum Tsamud Assalamualaikum Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yang akan menimpa di atas mereka akan didahului dengan tanda-tan… Read More
  • Keadaan di Padang Masyar Assalamualaikum ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh… Read More

3 comments:

Norazlin Nordin said...

jadi tak boleh nak salahkan Qarin ni jugak atas perbuatan jahat yg kita buat. sebaliknya salahkan kita yg tak kuat iman ni. kan.. :)

Pinkbubblegumprincess said...

maksudnya da satu qarin bersama kita la eh?

Unknown said...

ye. stiap kita ada stu qarin