Imam Syafie


Assalamualaikum

Imam Syafie merupakan imam yang mengasaskan mazhab Syafie yang menjadi ikutan lebih dari separuh dari umat Islam di dunia ini.Jom baca biodata ringkas tentang beliau.


Riwayat Hidup 
  • Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.  
  • Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.  
  • Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.  
  • Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, 
  • Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan 
  • Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang ke empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie" 
  • Imam as-Syafie meninggal dunia pada  tahun 204 Hijrah bersamaan  dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir. 

Pendidikan 
  • Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafaz Al-Quran.  
  • Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.  
  •  Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan. 
  • Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas  pengajian agama di Masjidil Haram.  
  • Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan  negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu  yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran. 
  • Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau     membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:  
  1. 1/3 malam untuk berehat.  
  2. 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.  
  3. 1/3 malam untuk beribadat. 
  • Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya,  beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan  yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat  Islam. 

Peribadi 
  • Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan   bercita-cita tinggi.  
  • Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.  
  • Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah  laku, berpakaian atau cara makan.  
  • Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya  terlepas daripada hukuman pancung. 
  • Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang  mengajarnya.  
  • Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.  
  • Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
  • Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.

Sumbangan 
  • Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada  Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.  
  • Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang  Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.
  • Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang   dalam usul fikah; kitab yang membicarakan dengan  jelas tentang cara   mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis.  
   Kitab-kitab tersebut ialah:  

Abtal Al-Istihsan.  
Ahkam Al-Quran.  
Ar-Risalah. 
  • Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab     tersebut ialah;  
Al-Mukhtasar Al-Kabir.  
Al-Mukhtasar as-Saghir.  
Al-Farid.  
Al-Umm. 
  • Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan   tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;  
Al-Masnad.  
Al-Amali.  
Ikhtilaf Al-Hadis. 
  • Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang  memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.  
  • Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu,Indonesia, Singapura dan Malaysia

2 comments: