Perang Khandaq-Menggali parit

Assalamualaikum

Penunggang kuda Khuza'ah sampai di Madinah dalam masa empat hari, dan memberi amaran kepada Nabi Muhammad bahawa tentera gabungan dijangka sampai di Madinah dalam masa seminggu.
 Rasulullah (SAW) mengumpulkan orang Madinah bagi membincangkan strategi terbaik bagi menangkis serangan musuh yang bakal menyerang.
Bertemu dan bertempur di tanah lapang (yang membawa kepada kemenangan di Badar), dan menunggu mereka di dalam bandar (pengajaran daripada Uhud) turut dibincangkan.  
Akhirnya, orang Islam yang kurang bilangan daripada musuh mereka memilih peperangan pertahanan dengan menggali parit dalam yang dapat menjadi rintangan kepada musuh di kawasan utara Madinah.Taktik ini dicadangkan oleh Salman al-Farisi, yang mungkin mengubahsuaikan taktik tentera Empayar Sasan.
 Setiap Muslim di Madinah, termasuk Nabi Muhammad, mula menggali parit besar yang selesai digali dalam tempoh enam hari.
Parit digali pada bahagian utara Madinah sahaja memandangkan wilayah lain Madinah dikelilingi gunung berbatu dan kawasan berpokok, yang sukar direntasi ketumbukan tentera besar (khususnya pasukan berkuda). Dari segi taktik, ini bermakna serangan musuh dalam bilangan yang besar hanya boleh dilakukan dari arah utara.
Seiring dengan kerja menggali parit, Madinah juga mengalami kekurangan makanan. Kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di pusat bandar Madinah.Orang Madinah menuai tanaman mereka awal agar tentera Gabungan terpaksa bergantung kepada bekalan makanan mereka sendiri.
Nabi Muhammad menubuhkan markas baginda di sebuah bukit kecil digelar Sala' dan tentera Islam diatur di sana. kedudukan ini memberi pihak Muslim kelebihan sekirannya tentera Kafir berjaya menyeberangi parit.
Kekuatan keseluran tentera Islam yang mempertahankan Madinah daripada serangan musuh terdiri daripada 3,000 orang, dan melibatakan semua penduduk yang berumur 15 tahun ke atas, melainkan Bani Quraizah (Quraizah ada membekalkan orang Islam dengan alat penggali parit).

0 comments: