Perang Khandaq-Kemusnahan Bani Quraizah dan Hasil Kemenangan kaum Muslimin


Assalamualaikum
Berikutan pengunduran tentera Gabungan, orang Islam mengepung penempatan Bani Quraizah yang terletak di selatan Madinah. Mereka melakukan demikian kerana pembelotan Quraizah. Bani Quraizah menyerah kalah selepas pengepungan selama 25 hari dan kubu kuat serta harta mereka dirampas oleh orang Islam. Semasa dibawa untuk diadili, Quraizah memohon agar diadili oleh Bani Aws, sekutu lama mereka. 

Nabi Muhammad melantik ketua Aws, Sa'ad ibn Mu'adh, sebagai hakim. Sa'ad, yang tercedera semasa pertempuran, menghakimi Quraizah mengikut lunas-lunas agama yang mereka anuti, yakni mengikut undang-undang Taurat. Hasil dari itu, hukuman yang dijatuhkan terhadap Quraizah ialah hukuman bunuh bagi orang lelaki sementara kaum wanita dan kanak-kanak Quraizah diambil sebagai hamba abdi. Nabi Muhammad memepersetujui keputusan ini dan hukuman dijalankan pada keesokan harinya.

◕Orang lelaki  antara 400 ke 900 orang kesemuanya diikat dan diletakkan di bawah jagaan Muhammad ibn Maslamah, sementara wanita dan kanak-kanak diletakkan di bawah jagaan Abdullah ibn Salam, bekas rabai yang telah memeluk Islam.

Ibn Ishaq memerikan hukuman bunuh yang dilaksanakan terhadap Bani Quraizah seperti berikut:

◕Rasulullah pergi ke pasar dan menggali parit di sana. Rasulullah kemudiannya memanggil mereka, dan apabila mereka dibawa dalam kelompok-kelompok, dipenggal kepala mereka di dalam parit. 

seorang wanita yang telah membaling batu giling dari kubu Quraizah dan membunuh seorang pejuang Islam semasa pengepungan juga menjalani hukuman bunuh dan kepalanya dipenggal 

Nabi Muhammad mengambil satu perlima jarah bagi diri baginda, seperti lazim dilakukan Muslim. Sebagai sebahagian jarah, Nabi Muhammad memilih seorang daripada wanita Quraizah,Raihana. Mengikut beberapa laporan, Nabi Muhammad menawar untuk berkahwin dan membebaskannya dan Raihana menerima tawaran Nabi Muhammad. Laporan lain pula menyatakan Raihana menolak tawaran Nabi Muhammad dan kekal menjadi hamba. Raihana kemudiannya dikatakan memeluk Islam.
◕Di kalangan musuh Allah ialah Huyayy b. Akhtab dan Ka'b b. Asad ketua mereka. Bilangan mereka 600 atau 700 orang kesemuanya, walaupun ada yang meletakkan bilangan setinggi 800 atau 900. Semasa mereka dibawa keluar dalam kelompok kepada Rasulullah, mereka bertanya Ka'b apa yang akan dilakukan orang Islam terhadap mereka. Dia menjawab, 'Tidakkah anda faham? Tidakkah anda lihat yang si pemanggil tidak henti dan yang dipanggil itu tidak pulang?  ia adalah kematian!' 

◕Huyayy dibawa keluar dengan tangannya diikat pada lehernya dengan seutas tali, memakai jubah bercorak bunga; jubahnya telah ditebuk agar berlubang sebesar hujung jari agar ia tidak dirampas sebagai jarah. Apabila dia melihat Rasulullah dia berkata, 
Kemudian dia pergi bertemu orang lelaki Quraizah dan berkata, 'Benar perintah Tuhan. Sebuah kitab, dan sebuah perintah, dan pembunuhan beramai-ramai telah ditulis terhadap Bani Israel'. Kemudian diapun duduk dan kepalanya dipenggal.

Kegagalan pengepungan Madinah menandakan permulaan kebangkitan kekuasaan politik Nabi Muhammad di Madinah. Orang Makkah mencuba sedaya upaya untuk mengusir Nabi Muhammad dari Madinah, dan kekalahan ini menyebabkan mereka hilang penguasaan perdagangan dengan Syam dan martabat mereka sekali. Daripada kekuatan bala tentera yang dikalahkan Muslim, jelas bahawa angktan tentera Arab, tidak kira betapa besar, tidak dapat mengalahkan tentera Islam.

Sebelum itu: Perang Khandaq-kemenangan kaum muslimin
                   Perang Khandaq-pembelotan bani Quraizah
                        Perang khandaq-madinah di kepung
                        Perang khandaq-Menggali parit
                        Perang Khandaq-Tentera gabungan musuh
                       Perang Khandaq-latar belakang

0 comments: