Perang Khandaq-Madinah di kepung

Assalamualaikum

◕Pengepungan Madinah bermula pada 31 Mac 627 M dan berlanjutan selama 27 hari.
◕Memandangkan peperangan pengepungan jarang berlaku di Arabia, pihak bergabung yang tiba di Madinah mendapati dirinya tidak bersedia menangani parit yang digali. 
◕Tentera Gabungan cuba menyerang dengan penunggang kuda dengan harapan mencari laluan, tetapi pihak Muslim dalam kedudukan kukuh dan dapt mematahkan setiap cubaan.Kedua-dua bala tentera berkumpul pada dua belah parit dan menghabiskan masa dua atau tiga minggu menghamburkan penghinaan dalam bentuk syair terhadap masing-masing, diiringi dengan anak panah yang dilepaskan dari jarak jauh. 
◕Maxime Rodinson menulis bahawa tiga orang penyerang dan lima orang yang bertahan,korban dalam tempoh itu. Sebaliknya, tanaman sudah siap dituai dan pihak Gabungan sukar mendaptkan makan buat kuda mereka yang kesudahannya tidak mendatangkan faedah dalam serangan mereka.
◕Para veteran Quraisy mula berasa bosan dengan kebuntuan dan sekumpulan yang diketuai Amr ibn Abd Wudd (yang difikirkan sama dengan seribu pejuang) dan Ikrimah ibn Abu Jahal cuba menggempur melalui parit. Mereka berjaya merentasi parit dan mara ke kawasan paya berdekatan bukit Sala'. 
Amr mencabar Muslim berperang tanding. Sayidina Ali bin Abi Talib menerima cabaran tersebut dan selepas pergelutuan pendek, Amr dibunuh Sayidina Ali. Kemudian teriakan 'Allahu Akbar' - Allah Maha Besar - kedengaran. Selepas pembunuhan Amr pasukan kecil Gabungan berundur dalam keadaan kelam kabut. Kendatipun pihak Gabungan hanya kehilangan tiga orang pejuang, mereka gagal mencapai apa-apa matlamat.
Pasukan Gabungan cuba beberapa kali untuk melintasi parit pada bahagian malam tetapi gagal. Walaupun pihak Gabungan mampu mengatur anggota mereka di sepanjang parit, mereka agak keberatan untuk bertempur berdepan-depan dengan orang Islam kerana pejuang Muslim dianggap lebih cekap dalam pertempuran berdepan-depan.Oleh sebab tentera Islam dalam kedudukan kukuh di belakang tebing parit yang dibina daripada tanah dan bersedia melontarkan batu dan anak panah sekiranya sesiapa cuba menyeberang parit, apa jua gerakan menyeberang akan menyebabkan ramai korban

Sambungan: Perang Khandaq-Pembelotan Bani Quraizah
                  Perang Khandaq-Kemenangan Muslimin
                      Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil kemenangan muslimin


0 comments: