Assalamualaikum
◕Pihak Gabungan cuba menyerang secara serentak. Dalam satu percubaan khususnya, mereka memujuk Bani Quraizah menyerang dari selatan. Quraizah tinggal dalam perkarangan Madinah dan penempatan mereka terletak di arah selatan Madinah. Huyayy ibn Akhtab, kedua Bani Nadhir Yahudi dari Khaibar, pulang ke Madinah bagi mencari sokongan daripada Quraizah.
◕Setakat ini Bani Quraizah telah cuba mengambil kedudukan berkecuali dalam perang antara Muslim Madinah dengan tentera gabungan Arab musyrik dan beberapa puak Yahudi, dan keberatan untuk menyertai pihak Gabungan kerana pada awalnya mereka telah membuat perjanjian (Piagam Madinah) dengan Nabi Muhammad. Malah ketua mereka enggan menerima Huyayy ibn Akhtab apabila Huyayy datang berjumpa buat kali pertama.
◕Huyayy ibn Akhtab akhirnya berjaya bertemu Quraizah dan meyakinkan mereka bahawa orang Islam sudah tentu akan ditewaskan. Quraizah dapat melihat ketumbukan tentera Gabungan yang besar, yang bergerak di merata tempat dengan ramai anggota tentera berjalan kaki dan yang berkuda, dan akhirnya Quarizah bertukar fikiran dan menyertai Gabungan.
◕Berita yang kononnya Quraizah telah belot mula tersebar dan Sayidina Umar Al-Khattab dengan cepat memaklumi Nabi Muhammad. Telahan berkaitan pembelotan Quraizah diperkuat dengan pergerakan tentera Gabungan ke arah penempatan dan kubu kuat Quraizah.Timbul perasaan risau pada Nabi Muhammad tentang pergerakan mereka, dan Nabi Muhammad menyedari bahawa Quraizah menimbulkan keadaan yang amat berbahaya kepada orang Islam.
◕Nabi tidak membuat perisiapan rapi terhadap pertahanan di perbatasan Madinah (di arah selatan) dengan kaum tersebut kerana berpegang kepada perjanjian antara baginda dan Bani Quraizah. Tambahan pula Quraizah memiliki senjata: 1,500 pedang, 2,000 lembing, 300 baju besi, dan 500 perisai.
◕Nabi Muhammad menghantar tiga orang Sahabat meninjau perkembangan terkini Quraizah. Baginda menasihati mereka agar memberikan pendapat mereka secara terbuka sekiranya Bani Quraizah masih taat, kerana ini boleh mengekalkan semangat pejuang Islam. Namun, baginda juga menasihati mereka agar tidak menyebarkan berita tentang pembelotan sekiranya benar kerana ini boleh menimbulkan perasaaan cemas dan kelam kabut di kalangan Muslim.
◕Para Sahabat mendapati sesungguhnya Quraizah telah melanggar perjanjian dan cuba meyakinkan mereka agar berpegang kepada perjanjian yang dibuat dengan Nabi Muhammad tempoh hari dengan memperingatkan mereka tentang nasib Bani Nadhir dan Bani Qainuqak; namun mereka gagal meyakinkan Quraizah. Hasil tinjauan Sahabat disampaikan kepada Nabi Muhammad dengan menggunakan metafora: "Adal and Qarah". Maududi berpendapat metafora tersebut bermaksud Quraizah telah belot dan membunuh orang Islam apabila mendapat kesempatan. Ini kerana kaum Adal and Qarah pernah berkelakuan serupa.
◕Nabi Muhammad (SAW) cuba menyorokkan maklumat yang baginda terima; namun, khabar angin tentang serangan besar-besaran dari arah penempatan Quraizah ke atas Madinah mula tersebar secara meluas. Khabar ingin ini menjejaskan orang Islam dan melemahkan semangat mereka.
◕Penduduk Muslim Madinah mendapati keadaan mereka bertambah buruk selang hari. Bekalan makanan menyusut, dan malam bertambah sejuk. Mereka kekurangan tidur dan ini juga menjejaskan mereka. Keadaan menjadi genting dan dilaporkan buat kali pertamanya solat berjemaah hanya dilakukan pada malam hari.Mengikut Ibn Ishaq, pada waktu ini keadaan menjadi amat serius dan perasaan takut dirasai di mana sahaja.
Sambungan: Perang Khandaq-Kemenangn Muslimin
Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil kemenangan Muslimin
Sambungan: Perang Khandaq-Kemenangn Muslimin
Perang Khandaq-Kemusnahan bani Quraizah dan hasil kemenangan Muslimin
0 comments:
Post a Comment